Buletin

SUAMI RATU ELIZABETH II SERAH LESEN MEMANDU SELEPAS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II dilapor telah menyerahkan lesen memandu secara sukarela selepas tiga minggu terlibat dalam kemalangan. 

Beliau yang sudah berusia 97 tahun sebenarnya jarang memandu. Tetapi kemalangan melibatkan Land Rover yang dipandunya pada 17 Januari lalu membuatkan dua orang wanita mengalami kecederaan. 

Pihak berkuasa masih menimbang untuk mendakwa Putera Philip atau sebaliknya. 

Insiden itu berlaku berhampiran kawasan peranginan Sandringham yang dimiliki oleh keluarga diraja tersebut di timur England. Mujurlah pelanggaran dengan sebuah kereta lain itu tidak menceraan seorang bayi berusia sembilan bulan yang ada di dalamnya. 

Land Rover dipandu Putera Philip terbalik, tetapi tidak mengalami sebarang keceraan. Kemalangan iu bagaimana pun tidak menginsafkannya. 

Hanya dua minggu kemudian, Philip dilihat memandu sebuah kereta tanpa memakai tali pinggang keledar. Imejnya tersebar selepad polis menegurnya. 

Google ads
Back to top button