SUBARU IMPREZA STI EDISI DIAMOND. PALING BERKUASA SETAKAT NI. MALANGNYA UNTUK AFRIKA SAHAJA

SHARE

Mungkin ini berita paling aneh bagi sebuah pembuat kereta sukan ikonik Jepun – Subaru. Subaru Impreza STi merupakan antara sedan yang berkuasa dalam kelasnya 310hp tetapi ini ada satu edisi khas yang lebih berkuasa.

Lebih tepat lagi, ia paling berkuasa dalam sejarah pembinaan Impreza STi. Lebih aneh lagi, ia bukan dibuat oleh Subaru Jepun, UK atau pasaran Amerika.

Ia lahir di Afrika Selatan!

Edisi yang dikenali sebagai Diamond Edition ini dibina oleh Subaru Afrika Selatan sebagai menyambut ulangtahun ke 30 Subaru Tecnica International (STI). Subaru WRX STI Diamond Edition ini berupaya menghasilkan sehingga 349 kuasa kuda menerusi pemetaan semula kotak komputer dan peningkatan keupayaan sistem ekzos.

Menurut Subaru Afrika Selatan, ia membolehkan jentera ini memecut dari 0 – 100km/j dalam masa lima saat. Hampir satu saat lebih pantas berbanding WRX STi yang biasa.

Selain peningkatan di bahagian prestasi sudut rodanya juga telag ditala sedikit terkeluar. Ia 0.8 inci lebih lebar berbanding versi biasa. Bagi menyerlahkan penampilannya, bodykit luarnya dikemaskan dengan High Viz kuning bersama angkup Brembo.

Kit badan baru ini merendahkan posisi kereta ini 0.3 inci di bahagian hadapan. Di bahagian kokpit, papan instrumentasi asal dihiaskan dengan inlays tersendiri dan panel nombor khas di bahagian pemandu.

Hanya 30 unit Subaru WRX STI Diamond Edition akan dihasilkan dan ia eksklusif untuk pasaran Afrika Selatan sahaja. Harga bagi seunit ialah sekitar

Production of the Subaru WRX STI Diamond Edition will be strictly limited to just 30 units exclusive to the South African market. Each one will cost R799 000, which is around RM235,000.

GALERI

 

Share this post

scroll to top