Buletin

SUBARU MULAKAN CKD FORESTER DI MALAYSIA

Pengeluar kenderaan kenderaan jenama Subaru, Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya dan TC Subaru Sdn.Bhd. (TCS), anak syarikat Tan Chong International Limited sudah memulakan program pemasangan tempatan (CKD) model Subaru Forester.

Subaru-Forester-CKD-mekanika (3)

Program pemasangan itu akan dilakukan di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn.Bhd. (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.

Bagi meraikan permulaan produksi tersebut, satu majlis ringkas telah diadakan di TCMA. Ia dihadiri oleh Pengarah Eksekutif TCS, Reza Mutalib; Naib Presiden FHI, Jun Kondo dan para tetamu lain.

Subaru-Forester-CKD-mekanika (1)

Forester merupakan model kedua Subaru yang dipasang di kilang ini selepas crossover Subaru XV memulakan produksi pada Disember 2012. TCS merancang untuk memasang sekitar 10,000 unit Forester setahun.

Model CKD tersebut akan dijual di Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi rangkaian pengedar  Tan Chong International pada pertengahan tahun ini.

Subaru-Forester-CKD-mekanika (5)

Di pasaran Malaysia, kenderaan Subaru dijual oleh pihak Motor Image Malaysia (MIM) pada harga bermula RM170,000 seunit. Dengan pemasangan tempatan, harga tersebut mungkin akan mengalami seikit pengurangan.

Google ads
Back to top button