Buletin

SUBARU PERKENAL SERIES.GRAY WRX & WRX STI EDISI TERHAD

Subaru baru-baru ini memperkenalkan model Series.Gray WRX dan WRX STI edisi terhad pada acara Subaru Tecnica International Boxerfest 2018.

Jentera itu terhad kepada 750 unit WRX dan hanya 250 unit WRX STI. Varian paling murah ialah WRX Series.Gray yang ditawarkan pada harga AS$32,595 (RM130,000).

Ia didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan yang ekskusif, luaran berwarna kelabu (Cool Gray Khaki), lencana hitam (Crystal Black Silica) dan rim aloi hitam bersaiz 18 inci.

Dibina berasaskan kepada model WRX Premium, Series.Gray WRX dilengkapi Performance Package. Ia merangkumi tempat duduk Recaro dengan kemasan Ultrasuede, kerusi pemandu boleh laras lapan cara, pad brek hadapan JURID dan bumbung suria.

Jentera itu juga dipasang dengan lampu utama LED yang responsive terhadap pergerakan sterenng, lampu kabus LED, akses tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Varian WRX STI Series.Grey pula boleh dimiliki pada harga AS$39,695 (RM158,000). Model ini juga hadir dengan bahagian luaran berwarna kelabu (Cool Gray Khaki), lencana hitam (Crystal Black Silica) dan rim aloi hitam bersaiz 19 inci.

Brek Brembo hadir dengan kemasa berwarna perak dan logo STI. Manakala ruang dalaman dilengkapi kemasan hitam Ultrasuede dengan kulit berwarna hitam, stereng dibalut kulit bersama jahitan merah, kerusi Recaro, serta kunci dan butang penghidup enjin.

Kemantapan pengendaliannya dibantu oleh suspensi Bilstein STI. Ia terdiri daripada suspensi double wishbone di belakang dan peredam Bilstein di hadapan.

Kedua-dua varian baharu ini dijangka menemui pelanggan di Amerika Syarikat dalam masa beberapa bulan lagi.

Google ads
Back to top button