Buletin

SUBARU WRX MERAH BABY DRIVER KINI DIJUAL DI eBAY – HARGA BIDAAN SEKARANG CECAH RM115,750

Bagi yang pernah menonton filem Baby Driver, anda pasti perasan dengan sebuah Subaru WRX berwarna merah yang dipandu oleh watak utamanya, Baby, lakonan Ansel Elgort.

Secara peribadi, saya lebih sukakan filem arahan Edgar Wright ini berbanding filem terkini daripada francais Fast & Furious. Sebabnya mudah, dalam Baby Driver tidak ada stunt kereta yang keterlaluan dan tidak masuk akal. Malah plot ceritanya juga jauh lebih menarik. 

Tidak percaya? Anda perlu ke panggung untuk menontonnya sendiri. Itu pun kalau filem tersebut masih lagi ditayangkan.

Baby Driver memberi kesan yang lebih mendalam menerusi pemilihan lagu serta muziknya yang memang A dan mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Contohnya seperti dalam klip video di bawah. 

Baiklah. Saya bukan hendak membuat ulasan filem. Tetapi tahukah anda bahawa Subaru WRX tahun 2006 itu kini sudah dibuka untuk dibida di laman web eBay. Ketika berita ini ditulis,  jentera tersebut telah menerima bidaan daripada 29 individu yang berminat pada harga AS$27,000 (RM115,750). 

Scooby generasi kedua itu memang lincah ketika melarikan diri di jalan-jalan di Atlanta ketika dikejar oleh sepasukan polis. Menurut penjualnya, WRX itu sudah diubah suai dengan pacuan roda belakang. Selain menerima penambahbaikan dari segi differential belakang dan turbo daripada STI.   

Ia telah ditala oleh pihak  DBW Motorsport. Harus tahu WRX itu pernah digunakan dalam muzik video ‘Chase Me’ oleh artis Danger Mouse, Big Boi & Run The Jewels. Lebih penting lagi, WRX yang ditala khas untuk aksi stunt itu sering dibawa ke majlis karpet merah. 

WRX tahun 2006 biasanya dijual pada harga sekitar AS$17,256 (RM74,000). Jadi kalau nak dibandingkan dengan kereta ini yang sudah mencatat perbatuan 254,000km ia memang mahal.  

Tetapi, kereta ini istimewa. Ia adalah bintang filem. Bukan macam Tiara hibrid pak Amid.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”4″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]
Google ads
Back to top button