Buletin

SUV PROTON BOYUE AKAN DILANCARKAN SELEWAT-LEWATNYA OKTOBER 2018

Sah. Ia secara rasminya telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong bahawa SUV pertama Proton akan dilancarkan seawal penghujung September atau selewat-lewatnya pada awal Oktober tahun ini.

Sepertimana yang diketahui, SUV ini diasaskan daripada model Geely Boyue dan untuk Fasa pertama ia akan diimport sepenuhnya China.

Fasa kedua pula barulah ia akan dipasang di kilang Proton Tanjung Malim yang dijangka akan bermula pada tahun hadapan. 

Ditanya berkenaan dua fasa berbeza ini Dr Li memberitahu mereka terpaksa mengambil jalan in untuk memastikan SUV tersebut dipasarkan pada tahun ini juga. Ia adalah sejajar dengan permintaan kerajaan yang mahu Proton mengikut jadual yang telah dirancang awal sebelumnya.

BACA: KILANG BOYUE BERKELAS DUNIA

“Dengan langkah ini, kami yakin berada di landasan yang betul, “katanya.

Beliau bagaimananpun tidak mendedahkan berapa banyak unit yang akan dibawa masuk untuk fasa pertama, tetapi berkata bahawa pembuat kereta itu cuba membekalkan sebanyak mungkin untuk pasaran.

Unit pemanduan dengan stereng kanan dijangka akan dipertontonkan pada bulan Julai nanti. Menurut Yang Jun, Naib Presiden bahagian Kejuruteraan Kumpulan Geely, kerja pembangunan pada model pemanduan kanan telah siap sepenuhnya.

“Sistem pemanduan sebelah kanan sudah siap, cuma kita perlu melakukan ujian lanjut di Malaysia,” katanya. 

“Kami melakukan banyak kajian di Malaysia, jadi kami menerima banyak input dari pasaran di sini. Dengan maklumat in i juga kami menubuhkan pasukan bersama yang melibatkan pasukan reka bentuk Geely dan Proton, “jelasnya.

SUV ini dijangka akan lebih bercirikan tempatan apabila proses CKD dimulakan tahun hadapan, menurut ketua reka bentuk Proton, Azlan Othman. Beliau turut memberitahu bahawa terdapat sedikit perubahan yang dilakukan pada SUV untuk mempercepat pengenalan pasaran.

Dr. Li juga memberitahu bahawa pasukan Azlan bukan sahaja bertanggungjawab untuk perubahan reka bentuk luaran tetapi juga akan membuat beberapa penyesuaian di bahagian kabin. 

UNtuk rekod, di China sebanyak 20,000 unit Boyue terjual setiap bulan.

“Ia SUV yang sangat kompetitif, dan mempunyai banyak teknologi baru padanya. Kami akan mengambil semua teknologi terkini yang ada di China, dan memindahkannya ke sini, “katanya. 

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button