Buletin

 SUZUKI ERTIGA DREZA DILANCARKAN AWAL 2016

PT Suzuki Indomobil Sales akan memperkenalkan Suzuki Ertiga Dreza ke pasaran Indonesia awal tahun hadapan.

suzuki-ertiga-DREZA (5)

Model berkenaan ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu standard dan GS. Khabar berkenaan semakin hangat dikatakan selepas brosur Ertiga Dreza mula bocor di alam maya.

Difahamkan, terdapat banyak perbezaan luaran berbanding model Ertiga sedia ada di pasaran Indonesia.

suzuki-ertiga-DREZA (2)

Ertiga Dreza didatangkan dengan bampar baharu, kemasan krom pada bahagian gril radiator, lampu LED, rekaan lampu kabus serta gril radiator baru di bahagian atas dan bawah. Rim juga berubah sepenuhnya dengan rekaan ala turbin.

Beralih ke bahagian sisi, Suzuki Ertiga Dreza lebih panjang berbanding versi terdahulu. Model MPV itu kini memiliki panjang 4,325mm.  Tidak ketinggalan, sill tepi turut menerima kemasan baharu.

suzuki-ertiga-DREZA (4)

Belakangnya pula  didatangkan dengan spoiler baharu bersama gabungan lampu brek ketiga. Pihak Suzuki juga menampilkan bampar belakang baharu bersama kemasan krom.

Bahagian kabin dilengkapi ciri baharu antaranya tweeter, kemasan kayu pada papan pemuka dan panel pintu serta skrin 9 inci bersama sambungan audio, video dan navigasi.

suzuki-ertiga-DREZA (3)

Kedua-dua varian Ertiga ditawarkan dengan pilihan warna hitam, kelabu dan putih. Dreza GS turut didatangkan dalam warna  Pearl Twilight Violet.

Foto: Autonetmagz

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button