Buletin

SUZUKI INDONESIA BUANG PEKERJA

Keadaan ekonomi semakin menghimpit turut member kesan besar dalam bidang automotif. Di negara jiran, badai pengurangan pekerja turut menjalar pada industri motosikal.

suzuki-indonesia-buang-pekerja-mekanika (2)

Baru sahaja kakitangan Ford Indonesia kehilangan pekerjaan kerana pengeluar automotif berkenaan menarik diri dari pasaran.

Kini, jenama Suzuki turut menghadapi situasi yang sama. Menurut artikel SemiSena,  PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) terpaksa mengurangkan kakitangannya di industri roda dua.  Langkah tersebut diambil setelah penjualan motosikal Suzuki turun sekitar 40 peratus.

Bagaimanapun, jumlah pekerja yang diberhentikan tidak didedahkan. Hanya dikatakan dalam jumlah yang sedikit.

Sepanjang tahun lalu, Suzuki hanya mencatat penjualan 109,882 unit. Meletakkan mereka di tangga keempat selepas Honda, Yamaha dan Kawasaki. Perbezaan berkenaan cukup ketara jika dibandingkan dengan jualan 2013 iaitu sebanyak 275,067 unit.

Bagaimanapun, operasi pengurangan pekerja tersebut tidak melibatkan divisyen empat roda Suzuki. Ini kerana jualan kereta Suzuki menunjukan prestasi yang bagus pada tahun lalu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button