SUZUKI JIMNY TURUN HARGA

SHARE

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) baru-baru ini mengumumkan bahawa harga model 4×4 kompak, Suzuki Jimny telah dikurangkan sebanyak RM3,400. 

slider dlm (3)

Dengan harga baru itu, anda boleh memiliki Jimny pada harga RM86,488 (AT) dan RM81,488 (MT) di Semenanjung Malaysia. Sementara di Sabah dan Sarawak pula, Jimny ditawarkan pada harga RM90,488 (AT) dan RM85,488 (MT). Semua harga itu adalah di atas jalan tidak termasuk insurans.

“Berikutan peningkatan kos sara hidup, kami mengambil keputusan untuk menurunkan harga bagi membantu mengurangkan beban para pelanggan. Dalam keadaan sekarang, sedikit penjimatan pun besar maknanya,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Slider dlm (2)

Jimny generasi baharu yang dilancarkan pada tahun lalu itu sememangnya sebuah jentera 4×4 kompak sebenar. Ia mampu mengharung apa jua bentuk permukaan jalan tanpa sebarang masalah.

Pada masa yang sama, SMA turut mengumumkan model Swift Sport akan dilengkapi fungsi auto cruise dan bakal dilancarkan sebelum suku kedua tahun ini.  

slider dlm (1)

Bagi sesiapa yang ingin melihat kenderaan Suzuki secara dekat, sila kunjungi lokasi Siri Jelajah Suzuki Mega yang berlangsung hingga 2 Mac depan. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran untuk melihat model-model seperti Jimny, Swift, Alto, Grand Vitara, SX4 dan Kizashi yang ditawarkan bersama rebat serta tawaran hebat!

Share this post

scroll to top