SUZUKI KATANA 3.0 – ADAKAH SUPERBIKE IKONIK SUZUKI BAKAL MUNCUL KEMBALI?

SHARE

Suzuki Katana merupakan antara model superbike paling ikonik dan mengangkat nama Suzuki ke persada permotoran dunia suatu ketika dahulu. Dinamakan sempena nama pedang terkenal Jepun, ia memang layak ditabalkan sebagai pencetus trend naked bike moden yang mendahului zaman.

Sekarang jika kita bercakap tentang super-naked bike berkapasiti besar semestinya nama yang menjadi sebutan ialah Ducati Monster-series, Yamaha dengan MT-series, Kawasaki dengan Z-series dan Honda CB-series. Tapi jangan lupa suatu masa dahulu semua jenama disebutkan di atas telah menjadi makanan Suzuki dengan bersenjatakan Suzuki Katana mereka.

Suzuki juga tidak kalah hebatnya sewaktu pameran EICMA 2017 baru-baru ini berbanding pengeluar motosikal lain. Walaupun tidak mempunyai barisan model sebanyak pesaing lain, mereka turut menampilkan Suzuki SV650SX yang merupakan sebuah model retro-moden. Tapi yang paling mencuri perhatian semestinya ialah sebuah model prototaip yang dinamakan Suzuki Katana 3.0.

Jentera lagenda ini kini hampir dengan penampilan baru yang lebih ringkas dan realistik dan ramai membuat perkiraan yang model ini sudah pun menghampiri peringkat produksi.

BACA: DARI PEDANG TAJAM MENJADI SENJATA TERULUNG – SUZUKI KATANA

Keyakinan ini diperkuatkan lagi kerana model prototaip ini tidak lagi menggunakan enjin 6-selinder ataupun 650cc turbo yang canggih seperti prototaip sebelumnya. Ia juga tidak dihasilkan dengan binaan logam yang menyebabkan lidah kita terbelit untuk menyebutnya. Ia kini lebih menyerupai model sebenar.

Ia mungkin bukan sebuah motor naked sebenar kerana mengikut acuan asal Katana ia merupakan model half-naked ataupun separuh berpakaian (jangan fikir bukan-bukan okey). Ini kerana ia cuma dipasang dengan fairing pada bahagian atas. Ia merupakan tanda pengenalan Katana yang memang unik dan membezakannya daripada model keluaran syarikat lain.

Pun begitu lampu-lampu pada model prototaip ini sedahpun menggunakan LED sepenuhnya yang lebih moden. Tiada lagi lampu pop-up ikonik ala supercar eksotik Itali pada model Katana asal. Kami pun tidak berapa pasti apakah larangan penggunaan lampu pop-up turut melibatkan motosikal.

Apapun rekaan badan keseluruhan dan tangki minyaknya jelas menunjukkan yang ia mengambil inspirasi daripada Katana asal. Bahagian lain juga dihasilkan menyamai motosikal produksi sebenar.

Bahagian lain juga turut dihasilkan menyamai motosikal produksi sebenarnya khususnya kerangka twinspar begitu juga dengan lengan hayun dan sistem suspensi serta sistem ekzos yang kelihatan seakan-akan diubahsuai daripada Suzuki GSX-S1100.

Dengan kata lain Katana 3.0 ini sudah semakin menyamai dengan motosikal produksi yang sebenar dan ini merupakan sesuatu yang baik. Ia bukan lagi prototaip semata-mata seperti Suzuki Stratosphere ataupun Suzuki Recursion yang kelihatan seperti dibawa dari masa hadapan untuk pameran semata-mata.

Katana 3.0 ini dilengkapkan dengan enjin sebaris empat DOHC 16-injap yang sama dengan GSX-S1000 yang mampu menghasilkan 156 hp kuasa dengan 104.3 Nm tork. Cukup untuk membolehkan Katana ini bersaing dengan motor-motor super naked lain.

Jadi tunggu apa lagi, jangan berhenti berharap semoga Suzuki cepat-cepat menghasilkan model ikonik ini secepat mungkin.

GALERI:

(Visited 1,627 times, 12 visits today)

Share this post

scroll to top