SUZUKI PAMER SWIFT BARU DENGAN LIVERY MOTOGP DI TOKYO AUTO SALON

SHARE

Suzuki yang dikenali sebagai jaguh Kei-Car di Jepun telah mengumumkan akan mempamerkan Swift terbaru mereka di Tokyo Auto Salon 2017 yang akan membuka tirainya pada Jumaat ini. SWIFT RACER RS Mereka akan membuat penampilan istimewa Swift, dikenali dengan nama “Swift Racer RS” yang menggunakan tema kosmetik agak aneh.

Mereka pilih livery MotoGP dari pasukan Team Ecstar Racing.

BACA: SUZUKI SWIFT DILANCARKAN DI JEPUN

BACA: LAGENDA SUZUKI SWIFT CULTUS GTi

Model ini juga dipadankan dengan rim 17 inci, berbanding 15 dan 16 untuk model asas Swift yang baru yang dilancarkan pada 27 Disember lepas. ignis IGNIS MOTORCROSSER STYLE Juga dipamerkan nanti ialah Suzuki Ignis yang dikenali dengan nama “Ignis Motocrosser Style”. Ilhamnya diperolehi dari konsep “Compact Crossover Style” dengan idea perlumbaan off-road. Pelekat digunakan dengan meluas dan warna asasnya ialah kuning dan tayar off-road. spacia SPACIA CUSTOM Z PREMIUM “Spacia Custom Z Premium” pula adalah yang terkecil dalam keluarga ini. Ia diasaskan dari model Spacia Custom Z yang menampilkan imej premium.

Menggunakan asas warna hitam pada badan dan bahagian dalaman dengan kulit acah-acah macam kulit buaya. Ia dipasangkan dengan rim 16 inci krom hitam.

okyo Auto Salon ialah acara tahunan pasaran aftermarket terbesar Jepun, dan antara yang paling besar dan berpengaruh di dunia.

(Visited 19 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top