Buletin

SUZUKI SWIFT RR2 EDISI TERHAD

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) hari ini melancarkan model Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad. Model tersebut melengkapkan lagi varian Swift yang sebelum ini ditawarkan menerusi model GA, GL dan GLX.

Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (2)

“Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna tanpa berkompromi dengan aspek kualiti. Dengan Swift RR2, kami berjaya menyuntik keseronokan dan gaya ke satu tahap baru yang sememangnya sinonim dengan Swift,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Swift RR2 memiliki spesifikasi yang sama dengan varian Swift GL. Namun ia telah dipertingkatkan menerusi rim aloi metalik bersaiz 16 inci, pelekat yang sporty pada bahagian hadapan dan sisi, bodykit serta banyak lagi.

Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (8)

Model edisi terhad ini didatangkan dalam warna biru dan merah sahaja. Ia masih menggunakan enjin bersesaran 1.4 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 95PS.

Cukup seronok dipandu di laluan di bandar, RR2 dilengkapi sistem keselamatan seperti dua beg udara SRS, brek ABS,BA, EBD, ruang kargo seluas 211 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dan kapasiti tangki mencecah 42 liter.

Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (1)

Jika berminat, Swift RR2 ditawarkan pada harga RM69,888 seunit untuk Semenanjung Malaysia dan RM72,524 (Sabah dan Sarawak). Harga termasuk GST, tanpa insurans.

GALERI

Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (4)Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (5)Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (7)Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (9)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button