SUZUKI SWIFT SPORT BEE RACING. 1.4L TURBO, 140PS. TAPI BODY DIA 970KG JEE!!!!!!

SHARE

Suzuki Swift Sport bukanlah asing bagi peminat kereta hatch kompak segmen B. Suzuki, walaupun sebuah syarikat kecil (kecuali di India) masih mampu menghasilkan kereta yang seronok dipandu.

Saya masih ingat pada 2013 ketika kereta Suzuki masih di bawah pegangan Kumpulan DRB-HICOM, mereka telah melancarkan Swift Sport dengan transmisi MANUAL.

BACA: SWIFT BARU KINI DI THAI. RM62K

Walaupun ia dilihat sebagai strategi pemasaran yang kecil, namun Suzuki buktikan bahawa mereka memang masih buat kereta yang boleh dipandu di trek pada hujung minggu dan menghantar anak ke sekolah pada hari Isnin berikutnya.

Suzuki sekali lagi menghadirkan model Swift Sport pada tahun lalu. Malangnya, kita sendiri tak dapat lihat model ini sebab pengedar Suzuki tempatan dah lama arwah. Debut dunia Swift Sport tahun lalu juga adalah yang pertama dalam sejarah Suzuki membina enjin dengan pengecas turbo.

Bulan hadapan, Suzuki di Itali melancarkan satu lagi varian khusus Swift Sport yang dikenali dengan nama BeeRacing. Model khas ini akan mula dijual dalam talian pada 18 April nanti.

BACA: SUZUKI SWIFT SPORT DILANCARKAN

Apa yang jadikannya bebeza? 

Suzuki Swift BeeRacing ini datang dengan skema badan dua tona. Warna asasnya ialah Champion Yellow yang dikenakan pada bahagian badan dan bumbung dilayang dengan warna hitam, bersama skirting sisi, lips hadapan dan cermin sisi. Jalur perlumbaan di atas hud hadapan diteruskan ke bahagian bumbung hingga ke tailgate belakang.

Penambahan bahagian aerodinamik termasuklah lips spoiler hadapan, skirting sisi, ekzos dual tip bersama efek karbon. Penampilan luarannya juga dikemaskan dengan rim aloi 17 inci bersama tayar 195/45r17.

Lebih ketara ialah bahagian dalamannya yang menerima perubahan besar. Swift Sport BeeRacing kini didatangkan dengan kerusi separa bucket bersama jahitan benang merah ala perlumbaan dan logo khas. Warna merah juga dikenakan pada bahagian papan instrumentasi, panel pintu, roda stering dan boot gear.

Kabin kereta ini juga dilengkapi sistem infotainment dengan skrin 7 inci bersama navigasi 3D dan sambungan Bluetooth, MirrorLink, Apple CarPlay dan sambungan Android Auto.

Sistem pendingin hawa automatik, kamera undur, lampu-lampu LED sepenuhnya dan kawalan cruise antara ciri-ciri menarik yang dilengkapkan pada model ini.

Dari segi prestasi, ia masih menggunakan unit penjana 1.4 liter turbo Swift Sport yang mampu menghasilkan 140ps dan 230Nm tork. Nampak kecil angkanya kan?

Nanti dulu.

Kereta ini hanya seberat 970 kilogram dan untuk jadikannya lebih menarik, ia dipadankan dengan transmisi MANUAL ENAM kelajuan!!!!!

GALERI

 

Share this post

scroll to top