Buletin

SYED FAISAL ALBAR PENGERUSI BUKAN EKSEKUTIF PROTON

PROTON Holdings Berhad (Proton) melantik Datuk Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Proton berkuat kuasa 5 Mei lalu.

Dato' Sri Syed Faisal Albar-mekanika

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad dilantik susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac lalu. Syed Faisal turut akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc.

Sedikit latar belakang Syed Faisal, beliau memulakan kerjaya di Price Water House Coopers dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad bermula 2003 hingga 2008.

Antara jawatan penting lain yang disandang beliau sebelum ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad.

Pengalaman beliau serta rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan hasil dan keuntungan merupakan satu kelebihan untuk Proton yang kini dalam proses memulihkan perniagaannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button