BuletinMotosikal

SYM VF3I DILANCARKAN. KAPCAI PALING BERKUASA. 185CC, 6 SPEED & 17.7HP. RM7,988!

MForce Bike Holding Sdn. Bhd, pemegang hak jenama motosikal SYm di Malaysia sebentar tadi baru melancarkan motosikal terbaru mereka, kapcai underbone VF3i.

Ia bakal memeriahkan lagi pasaran kapcai tempatan dan jika melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, ia memang sangat menarik jika dibandingkan dengan seteru dalam kelasnya yang terdiri dari Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i.

Ia dikenali dengan nama SYM VF3i. 

Dan ia adalah kapcai dengan enjin paling besar di pasaran buat masa ini. VF3i dipasangkan dengan enjin 183cc menerusi blok pembakaran bersaiz 65.3 X 57.8.

Kuasa? Pihak Mforce Bike Holding memberitahu ia menghasilkan sejumlah 13.2 Kw @8,500rpm (17.7hp)  dan tork 15.3 @ 7,500rpm

Berikut ada ringkasan yang dapat kami dapat dari sesi penerangan teknikal sebentar tadi;

  • Enjin selinder tunggal, empat lejang SOHC 183cc,
  • Sejukan cecair, Suntikan bahanapi, Emisi Euro 3
  • Saiz blok pembakaran 65.3 X 57.8mm
  • 13.2 Kw @ 8,500rpm (17.7hp) dan tork 15.3 @ 7,500rpm
  • Transmisi gear 6 kelajuan
  • Saiz tayar hadapan 90/80-17 
  • Saiz tayar belakang 120/80-17
  • Tangki bahanapi 7 LITER
  • Berat keseluruhan 128kg
  • Kelajuan Tertinggi 155kmh (bacaan meter)/ 135kmh (bacaan GPS)
  • Lampu hadapan dengan DRL (Daytime Running Light) LED
  • Lampu utama hadapan dan belakang LED
  • lampu signal LED

Harga jualan untuk model ini ialah RM7,988 untuk model biasa dan RM8,288 untuk model edisi khas (SE). Harga tersebut tidak termasuk GST.

BACA: Y15ZR VS RS150R. ANDA SUDAH BERSEDIA?

Warna yang ditawarkan ialah Merah, Biru dan Hitam Matte (untuk model SE). Motosikal ini akan mula berada di pasaran bulan hadapan dan seperti juga motosikal SYM yang lain, ia turut didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun dengan had perbatuan 20,000.

 

 

Google ads
Back to top button