Buletin

SYOKNYA!!! SHOPPING RAYA DENGAN TOYOTA DI IOI CITY MALL

Pada hujung minggu lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) menambah kemeriahan membeli-belah apabila mengadakan kempen istimewa, ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ bersama IOI City Mall.

Semua pelanggan yang membeli barang di outlet seperti HomePro dan Parkson berpeluang menyertai cabutan bertuah berupa pulangan semula wang tunai 50% daripada bil mereka (tertakluk kepada terma & syarat).

Untuk layak, pelanggan perlu mendaftar di booth Toyota, membuat pembelian dan pulang dengan sebuah Toyota yang disediakan. Sepanjang perjalanan pulang, mereka boleh merasai sendiri keselesaan dan diterangkan tentang ciri yang ada pada kenderaan tersebut oleh seorang wakil penjual Toyota.

Tawaran sama akan diberikan sekali lagi pada hujung minggu ini (17-18 Jun 2017). Justeru, UMW Toyota Motor menjemput anda semua untuk datang dan mengambil bahagian. Sebagai tambahan, setiap orang yang memandu uji kereta Toyota akan diberikan kad Starbucks bernilai RM20.

Di both Toyota yang terletak di kawasan LG Concourse IOI City Mall, pengunjung dijemput untuk merakam gambar bersama kenderaan Toyota. Pos gambar tersebut ke laman Instagram dan hashtag #SyoknyaRayadgnToyota. Mereka akan menerima barangan eksklusif Toyota.

UMW Toyota Motor juga akan mengedarkan biskut dan sampul duit raya secara percuma kepada para pemilik kenderaan Toyota. Mereka boleh menebus hadiah tersebut dengan hanya menunjukkan kunci kereta. Sehingga stok masih ada.

Perincian kempen ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ boleh didapati di laman Facebook Toyota Malaysia: https://www.facebook.com/ToyotaMalaysia.

UMW Toyota Motor kini sedang mengadakan promosi Aidilfitri Drive yang membolehkan pelanggan mendapat rebat tunai sehingga RM5,000. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button