Buletin

TAHNIAH! PAGANI HUAYRA DARI CHINA – INI KERETA PRODUKSI EV SEBENAR

Bila bercakap tentnag industri automotif China, majoriti akan berasa skeptik. Tetapi ketahuilah, pasaran terbesar kereta sekarang dalah di China dan selain daripada jenama luar yang membanjiri masuk tembok besar ini mereka juga mempunyai industri domestik yang sangat besar. Banyak jenama yang telah dieksport ke luar dan sejak dekad yang lepas, konglomerat dari China melabur duit mereka membeli firma-firma terkenal untuk bersaing dan mengadaptasi teknologi.

BACA – CIVIC 1.0 TURBO UNTUK PASARAN CHINA

BACA – KLON YAMAHA R25 DARI CHINA

Ini pula industri kereta elektrik yang terbaru seperti yang disiarkan oleh carnewschina.com, sebuah EV yang diilhamkan oleh Liu Shengqi. Beliau berhasrat membina kereta elektrik sendiri dan teka apa? Ia telah pun menerima sejumlah besar tempahan dan kereta ini mula dihasilkan sebagai model produksi.

untitled-10a Ketika di Malaysia banyak anak muda seusia dengannya sibuk main RXZ NOS dan mungkin beli Myvi Taliban loan 9 tahun 0 downpayment, lelaki berusia 26 tahun ini sudahpun berjaya membuat apa yang pasaran China inginkan.

Kereta berkuasa elektrik yang ringkas. Kereta ini dijana oleh motor elektrik berkuasa 4 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 40km/j. Abang Japar lari mengundur pun lagi laju tapi bukan itu isunya. Kereta ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan jarak pemanduan 80km sekali cas.

Satu lagi versi lebih berkuasa diberi pilihan kepada pembeli dengan motor 10 kuasa kuda, kelajuan maksimum 60km/j dan jarak 100 km sekali cas. Bagi mendapatkan angka ini sudah tentu berat badan kereta perlu cukup ringan. Kereta ini diperbuat dari badan gentian kaca dan hanya seberat 200kg – hanya seberat sebuah skuter maxi 300cc.

pagani_14 Untuk rekabentuk pula, seperti lazimnya, mesti diinspirasikan sedikit sebanyak dari rekaan popular. Kereta ini tanpa segan silu mencedok idea dari Pagani model Huayra. Lihat pada lampua depan LED bertingkat dan juga gugusan lampu belakangnya. Keselamatan?

Apa yang anda harapkan dari badan gentian kaca 200kg? Tiada beg udara, bahagian dalaman plastik dan kalau berlanggar dengan Demak Interchange pun harus kena bawa beg plastik kutip satu satu bahagian kereta yang pecah agaknya.

Setiap kereta ini dijual pada harga 38,000 Yuan atau sekitar RM25,000 sebuah.

Terbaru, Liu Shengqi berjaya mendapatkan pelabur dari syarikat Shandong Qilu yang mana telah bersetuju menjadikan kereta ini produksi penuh.

Tahniah Pagani! Eh silap. Liu Shengqi!

sumber carnewschina.com

Google ads
Back to top button