TAHUKAH ANDA DI UK ADA PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN CONCEPT?

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN CONCEPT

SHARE

Ini adalah lontar belakang (#throwback) pada tahun 2011. Perodua Myvi selain popular di negara kita ia turut dieksport ke enam buah negara seperti United Kingdom, Mauritius, Brunei, Singapura, Fiji dan Nepal. Jika dikira Daihatsu Sirion yang dijenamakan semula dari Perodua Myvi, maknanya ada tujuh buah negara.

Dan secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport 35,400 Myvi dan Sirion sejak 2006.

Ini pula di United Kingdom. Pada tahun 2011, Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat roda aloi UK yang bernama Wolfrace. Hasilnya ialah Myvi Wolfrace Design Concept. Syarikat rim itu bukan calang-calang kerana sudah pun berusia lebih dari 40 tahun.

Apa istimewanya Myvi Wolfrace Design Concept ini?

Pada bahagian dalaman ia dikemasi dengan balutan kulit atau alcantara. Dan seperti biasa ialah peralatan standard iaitu penyaman udara, stereng berkuasa, empat tingkap berkuasa, cermin sisi elektrik dan pemain cakera padat. Sistem audio juga dinaiktaraf kepada jenama Vibe.

Keistimewaan Myvi Wolfrace Design sebenarnya terletak di bahagian luar.

Ia dilengkapi roda aloi hitam kilat 16 inci dari model Wolfrace Shark Alutec. Dipadankan bersama roda itu ialah tayar nipis Falken.

Paling istimewa ialah ia direndahkan menggunakan spring Eibach.

Manakala bahagian sisi pula dilekatkan hiasan grafik Wolfrace. Selain itu, spoiler but dan cermin sisi diwarnakan merah tanda ia istimewa. Tidak sekadar hiasan minimum, ekzosnya adalah jenis berkembar manakala cermin penumpang pula jenis privasi yang digelapkan.

Memandangkan model konsep ini sudah enam tahun berlalu, tidak dapat dipastikan berapakah harga versi produksi dan jumlah unit yang dikeluarkan.

Namun apa yang kami tahu ialah Perodua Myvi telah pun dihasilkan lebih dari sejuta unit.

KEMASKINI – Enam dan 12 bulan selepas melancarkan kereta konsep ini, Perodua UK telah melancarkan versi produksi dalam unit yang sangat terhad dengan beberapa perubahan. Klik pada pautan di bawah:

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN – BAHAGIAN 2

Lagi artikel menarik mengenai kenderaan Perodua yang diubahsuai:

PERODUA KENARI YRV – MUJUR PARTS MOVE DAH MAKIN MURAH

PERODUA MODERNO – KISAH CINTA DUA BENUA

(Visited 3,428 times, 4 visits today)

Share this post

scroll to top