TAHUKAH ANDA FORT GT DIDATANGKAN DENGAN SUSPENSI DUA PEGAS GEGELUNG ?

SHARE

Industri automotif Amerika sejak dahulu lagi hanya berlegar tentang “kehebatan” saiz enjin kereta muscle mereka. Bagi Amerika, ia segalanya tentang saiz enjin dan jumlah kuasa kuda.

Dan sistem pengendalian kereta mereka memang diketahui paling kelaut dalam industri. Pendek kata, kereta-kereta Amerika adalah tentang kuasa kuda yang tinggi tetapi bila masuk selekoh, testis akan masuk ke dalam badan pemandu.

Itu realiti.

Namun terdapat beberapa model yang cuba mengambil inspirasi automobil Eropah yang terkenal dengan pengendalian yang sangat bagus.

Kereta yang berkuasa sederhana seperti Lotus mempunyai nisbah berat dan pengendalian yang sangat dinamik. Eropah mencipta kereta sebagai satu integrasi yang bermula awal sejak dari lakaran kerangka. Ia begitu kontradiksi dengan falsafah Amerika.

Ford GT mungkin salah satu kereta Amerika yang berjaya menghasilkan sesuatu yang berbeza. Lebih tepat lagi, sangat berbeza dengan ciptaan sistem kompleks untuk sebuah kereta sports idaman ramai.

Suspensi kereta ini dipasangkan dengan sambungan double wishbone jenis pushrod.

Tetulang atas disambungkan dengan tetulang bawah menggunakan sambungan poin pivot di tengah yang bertindak sebagai pengubah kedudukan utama.

Setiap kali kereta bergerak, pivot ini akan beralih kedudukan berdasarkan imbangan dan tekanan pada penyeraphentak di atas dan pegas gegelung di sebelah dalam. Damper tersebut dikawal secara elektronik menerusi sensor eDSSV.

Apa yang lebih rumit ialah, pegas gegelung tersebut dipasang dalam kelongsong khas.

Cuma ia bukan satu, tetapi dua set pegas gegelung dengan kadar anjalan berbeza dan untuk melengkapkannya, ia dipasang pula dengan acutuator hidraulik.

Kenapa perlu dua pegas gegelung?

Kerana Ford mahu ada dua set suspensi berbeza. Lazimnya, untuk sostem begini, pengubah mod pemanduan (sport, race, city) dilakukan dengan pelarasan pada rod penyeraphentak (biasanya ada dua st cecair mampat dengan ketumpatan berbeza)

Namun Ford memilih dua set pegas gegelung dengan pelarasan di buat ole rod pada kedudukan kereta.

BIla kereta berada pada kedudukan asal, pegas gegelung bawah yang lebih “lembut” digunakan. 

Bila kereta dilaras rendah (secara elektronik), pegas gegelung atas pula diaktifkan dengan jarak suspensi yang lebih pendek, “keras” dan rigid.

Bijak kan?

Share this post

scroll to top