TAHUKAH ANDA HONDA CR-V G4 MASIH DIJUAL DI UK? KITA LAGI HEBAT!

SHARE

Tahukah anda? Sebenarnya dua tiga kali juga gambar yang diberikan ini dilihat dengan jarak dekat. Macam tidak percaya pula pada masa kilang Honda di United Kingdom satu-satunya pusat produksi Civic Type R di dunia dengan enjin canggih VTEC Turbo 2.0, Honda CR-V G4 masih lagi dijual di sana. 

Maknanya pasaran ASEAN lebih maju dari UK? Hebat juga ini.

Itulah hakikatnya, pada masa Honda CR-V G5 sudah memasuki pasaran ASEAN dan Honda Accord baharu telah mula dijual di Amerika Syarikat, pelanggan di UK masih belum boleh memiliki generasi terbaru SUV popular tersebut.

Ini pula mungkin tanda-tanda CR-V G5 bakal memasuki pasaran apabila Honda UK mengumumkan penjualan varian istimewa CR-V G4 yang dikenali sebagai S Plus. Model itu bakal memasuki bilik pameran bermula November ini. 

Perbezaan S Plus dengan varian standard ialah pada penampilan luaran seperti bamper belakang dan depan aero sama warna dengan badan, spoiler belakang dan pemijak kaki. Aksesori tersebut sebenarnya adalah keluaran Modulo seperti yang boleh dimiliki di pasaran ASEAN.

S Plus diasaskan dari varian S Navi dan didatangkan dengan aksesori standard seperti dua kawalan suhu automatik, kawalan jelajah, sistem telefon bebas tangan Bluetooth®, kamera undur, sistem city brake active, sistem audio HONDA Connect™ dengan navigasi Garmin. 

Varian S Plus ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 2.0 petrol dan 1.6 diesel dengan pacuan dua roda dan transmisi manual. Varian ini boleh dipesan mengikut empat warna pilihan iaitu White Orchid Pearl, Crystal Black Pearl, Polished Metal Metallic dan Passion Red Pearl

Honda CR-V S Plus petrol dijual pada harga GBP 23,500 (RM 130,611) manakala versi diesel pula pada harga GBP 24,500 (RM 136,190). Kedua-dua varian ini dijual dengan harga penjimatan sebanyak GBP 3,000 (RM 16,678). 

Menariknya, harga di UK ini tidak mempunyai perbezaan ketara dengan harga Honda CR-V G4 buatan Honda Pegoh, Melaka.

Okay lah kan, walaupun Honda UK mempunyai model istimewa seperti NSX dan kilang pengeluaran Civic Type R kita pula mendahului dengan penawaran CR-V VTEC Turbo.

BACA: HONDA CIVIC RED EDITION, LAGI TERHAD DARI CIVIC TYPE R!

BACA: 6 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HONDA HR-V

(Visited 985 times, 79 visits today)

Share this post

scroll to top