TAHUKAH ANDA KERETA YANG ADA KESAN ROKOK BOLEH JATUH HARGA? JATUH BANYAK PULA TU

SHARE

Mereka yang gemar merokok dalam kereta mempunyai risiko kehilangan sejumlah wang apabila tiba waktu mahu menjual atau menukar beli mengikut kajian yang dilakukan oleh Carbuyer UK.

Lebih tepat, kaji selidik yang dilakukan oleh Carbuyer terhadap 6,000 orang mendapati 87 peratus dari mereka tidak akan membeli kereta terpakai yang pernah digunakan untuk merokok.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dapatan tersebut disokong oleh cap-hpi, pakar dalam bidang data automotif yang menggangarkan kereta milik perokok tegar dengan mudahnya akan susut nilai sebanyak GBP 2,000 atau RM 11,238 (Banyak juga kan, beli Yamaha NVX pun lepas ni). Ciri-ciri kereta yang pernah dimiliki oleh perokok ialah bau, kesan kotoran dan bekas terbakar.

Di UK, terdapat lebih dari 30 juta kenderaan dengan 7.6 juta perokok. Jika dihitung, jumlah kerugian itu boleh mencecah GBP 9.6 bilion (53.9 bilion).

Pengarang Carbuyer, Stuart Milne memaklumkan mengikut kajian yang dibuat, kereta yang pernah digunakan untuk merokok lebih susah untuk dijual dan juga boleh menyebabkan kerugian kepada pemiliknya.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kenyataan_media_mengenai_merokok_0.pdf

Selain itu, menghilangkan kesan merokok tidak efektif jika setakat membuka tingkap dan membiarkan angin masuk ke dalam kereta. Ini kerana, asap rokok turut memberi kesan kepada kerusi kereta dan ada kalanya lebih baik lelangit bumbung digantikan terus.

Selain itu terdapat juga kes di mana teknik khas diperlukan untuk membersihkan sistem penyaman udara. Dan jika teknik perawatan seperti itu diperlukan pun, cucian biasa untuk menghilangkan bau sahaja boleh mencecah GBP 150 (RM 842.8). Mahal kan?

Walaupun banyak kesan buruk akibat merokok dan syukur apabila golongan tersebut semakin berkurangan, terdapat kira-kira 16 peratus dari orang dewasa di UK yang masih lagi tidak boleh membuang tabiat merokok.

Habis pemilik motosikal macam mana? Jatuh harga juga tak? Memang tak jatuh, tapi duit yang banyak rugi sebab harga rokok sekotak pun mahal sekarang ni.

Lagi siri artikel Tahukah Anda yang boleh membuatkan anda bertambah bijak, seperti di bawah:

BACA: TAHUKAH ANDA? JALANRAYA MEMANG TEMPAT BERLUMBA…

BACA: TAHUKAH BARANG BERSEPAH DALAM KENDERAAN BOLEH MENGUNDANG BAHAYA?

Share this post

scroll to top