Buletin

TAHUKAH ANDA KERETA YANG PEGANG REKOD DI SIC SEKARANG? BAC MONO

Tahukah anda kami kerap juga dapat berita tentang kehadiran kereta atau acara pelik-pelik di Litar Antarabangsa Sepang tetapi kali ini entah kenapa boleh terlepas.

Bukan setakat terlepas, hidu pun tak ada. Pada pertengahan bulan ini rupa-rupanya ada sebuah pengeluar unik ke berkunjung ke SIC dan mencatat rekod baharu.

Pengeluar dimaksudkan ialah Briggs Automotive Company (BAC) dari Liverpool dan satu-satunya syarikat kereta super satu tempat duduk di dunia yang halal dipandu di atas jalan raya.

Kereta BAC Mono dipandu oleh pelumba Blancpain GT Series Asia, Shaun Thong berjaya mencatatkan masa 2:14.617 dan meleburkan rekod terpantas kereta produksi sebelum ini yang dipegang Porsche GT2 RS dengan masa 2:18.997.

BAC sudah biasa mencatatkan rekod kereta produksi terpantas di serata dunia antaranya di litar Zolder, Hungaroring dan Anglesey. BAC juga adalah kereta super terpantas yang bersaing dalam pertandingan Supercar Shootout, Goodwood Festival of Speed.

Di Sepang, BAC Mono betul-betul dibelasah dengan keupayaannya yang lincah, bertenaga di selekoh laju dan laluan panjang litar ini. Catatan masa BAC Mono dirakam oleh penjaga masa rasmi SIC.

Acara di Sepang tersebut adalah program Mono Experience di mana pelanggan antarabangsa menyertai BAC Hong Kong dan BAC UK dalam siri pemanduan di litar ikonik dunia.

Selain di litar, BAC turut menganjurkan program pemanduan di atas tasik beku di Sweden dan di jalan raya Isle of Man.

Mono yang mencatat rekod tersebut adalah keluaran 2018 dan dimiliki oleh pelanggan baharu. Sebanyak lapan buah Mono terlibat dalam acara ini.

BACA Mono dilengkapi enjin 2.5 liter berkuasa 305 bhp pada 8,000 rpm dan tork 308 Nm. Kereta ini menggunakan transmisi enam kelajuan sequential spesifikasi F3 yang dibangunkan Hewland. Transmisi semi auto ini mampu menukar gear dalam masa 35 milisaat.

Kelajuan maksimum ialah 273 km/j dan pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 2.7 saat. Berat kereta ini hanya 580 kg dan ia benar-benar laju dan gagah.

BAC Mono dieksport ke 35 lokasi serata dunia dengan perjanjian pengedara di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Hong Kong, Jepund an Sweden.

BACA: KTM X-BOW GT BLACK EDITION

BACA: SUZUKI PERNAH BINA KERETA KONSEP SUZUKI HAYABUSA. YA. IA SEBUAH KERETA

Google ads
Back to top button