TAHUKAH ANDA KUALITI KERETA JENAMA KIA LEBIH BAIK DARI PORSCHE?
Ya. untuk tahun kedua berturut-turut, Kia mendahului jenama lain dalam indeks penyelidikan kualiti yang dijalankan oleh J.D Power, badan bebas berprestij di Amerika Syarikat. Di tempat kedua juga jenama dari Korea Selatan, Genesis. mengejutkan bukan?
Ia bukanlah kemenangan yang mudah kerana dalam tempoh 30 tahun yang lepas, tempat pertama hanya dihuni oleh jenama premium. Namun Kia memecah tradisi pada tahun lalu menerusi catatan 83 daripada 100. Tahun ini mereka mencatat keputusan yang lebih baik, hanya 72 kerosakan dalam 100 berbanding Porsche 78 dalam 100 di tempat KETIGA.
Bagaimana ia dinilai?
Kajian ini melibatkan lebih 80,000 responden dengan kenderaan yang didaftarkan pada 2017. Data mula dikumpul sejak bulan Februari hingga Mei lalu. Dalam tempoh 90 hari, semua maklumat ini dianalisis dan keputusan dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Ia menampilkan setiap jenama dan catatan kerosakan tersebut diambil secara purata bagi setiap 100 buah kereta.
BACA: KIA NO. 1 BUAT PERTAMA KALI DI USA
Sebanyak 233 soalan rambang diajukan dalam penilaian ini. Seperti yang dijangka, bahagian infotainmen mencatat aduan masalah paling tinggi. Namun pada tahun ini J.D Power mendakwa angkanya menurut berbanding tiga tahun lepas.
“Pengeluar kenderaan nampaknya sedar tentang respon pengguna. Banyak jenama kini mencatat skor lebih baik berbanding sebelumnya,” ujar Dave Sargent, Naib Presiden bahagian automotif global J.D Power.