TAHUKAH ANDA NISSAN 370Z NISMO ADA JUAL DI UAE? MODEL NISMO LAIN PUN ADA

SHARE

Di pasaran utama dunia sebenarnya banyak kereta-kereta menarik yang ditawarkan. Ada yang comel, berkuasa, mesra alam dan ditala khas. Apabila tengok barisan model-model yang ditawarkan rasa macam kanak-kanak masuk kedai permainan. Meleleh air liur.

Apabila berborak dengan orang kanan pengeluar kenderaan pelbagai sebab sebenarnya kenapa sesetengah model dikhususkan untuk pasaran tertentu sahaja.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Tetapi ada juga pengeluar yang berani menanggung risiko dan pasarkan sahaja walaupun model tersebut tidak nampak gaya hendak laku.

Selalunya dalam kes ini, bukan pulangan wang ringgit yang diharapkan tetapi lebih kepada sebagai produk kajian dan untuk mengenali pasaran.

Seperti di benua lain, pasaran Timur Tengah mempunyai karakternya tersendiri. Menariknya NISMO menawarkan tiga model mereka di Dubai, UAE.

Ini bukan acah-acah kereta Nissan yang dipasang dengan aksesori NISMO tetapi produk yang telah ditala oleh NISMO sendiri.

Tiga model istimewa itu ialah Nissan Patrol NISMO, Nissan GT-R NISMO dan paling baru Nissan 370Z NISMO. Nampak tak? Salah satunya ialah SUV besar dan dua lagi ialah kereta dua pintu yang ikonik dan laju.

Menurut Presiden Nissan Timur Tengah dan Naib Presiden Serantau Afrika, Timur Tengah dan India, model-model NISMO memang popular jadi tidak hairanlah mereka memasarkannya di sana termasuk 370Z NISMO baharu.

370Z NISMO yang baru ditawarkan di UAE dikuasakan oleh enjin 3.7 V6  VVEL (Variable Valve Event and Lift Control) berkuasa 350 bhp pada 7,400 rpm.

Memandangkan ini bukan model acah-acah NISMO, kuasanya telah ditingkatkan melalui beberapa modifikasi seperti sistem ekzos berbentuk H, talaan peredam bunyi dan kalibrasi modul kawalan enjin (ECM).

Di dalamnya dipasangkan dengan kerusi hitam merah Recaro® yang dibuat khas untuk model ini dan katanya direka untuk benar-benar memeluk tubuh sewaktu memecut, membrek dan mengambil selekoh.

Di negara kita, NISMO turut mempunyai kehadiran melalui beberapa model seperti Teana, Sylphy, Grand Livina dan Almera.

Tindakan yang harus dipuji cuma mungkin pasaran mahukan sesuatu yang lebih hardcore seperti mana Honda membawa masuk Civic Type R.

*Nissan 370Z NISMO spesifikasi UK

Share this post

scroll to top