Buletin

TAHUKAH ANDA? PADA 2025, KERETA ELEKTRIK AKAN JADI LEBIH MURAH BERBANDING ENJIN PETROL

Cabaran industri automotif bagi kenderaan elektrik ialah menurunkan nilai kereta secara keseluruhan. Bagi negara-negara yang menjual bahanbakar pada harga kompetitif, kereta elektrik masih belum mampu menjustifikasikan ROI (return of investment) kerana harga kereta elektrik itu sendiri berkaliganda lebih mahal berbanding sebuah kereta berenjin petrol/disel.

Isunya masih berkisar tentang kos untuk membina sebuah kereta elektrik yang masih tinggi. Sebab itu juga Elon Musk memulakan produksi Tesla dengan model S. Alang-alang dah mahal, mereka terus buat model premium. 

BACA: DAIMLER PERKENAL KERETA ELEKTRIK DENZA 500

Lihat sahaja Nissan Leaf dan Renault Zoe, ia sebuah kereta yang mahal jika dibandingkan dengan kenderaan berenjin konvensional dalam kelasnya. Dan apa yang dipersetujui bersama di kalangan pemain dalam industri ini ialah kos menghasilkan bateri lithium-ion itu belum cukup kompetetif.

SUV elektrik BYD Tang

Namun ini mungkin berita baik seeprti yang dilaporkan oleh Bloomberg New Energy Finance. (BNEF)

Kajian yang berpusat di London itu mendapati, jika populasi kereta elektrik berkembang sepertimana hari ini, mereka menjangkakan pada 2025, kenderaan elektrik dapat dihasilkan pada kos yang lebih kompetetitif. Ia bakal lebih murah dari sebuah enjin petrol.

BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK DARI PEMBUAT RAIFAL AK47

Peningkatan pengeluaran kenderaan elektrik membolehkan harga bateri diturunkan serentak. Menjelang 2030, BNEF menjangkakan kos menghasilkan tenaga ialah USD70 bagi setiap kilowatt. Buat masa ini, harga pek bateri ialah USD208 per kilowat. Ia menjadikan margin keuntungan kenderaan elektrik hari ini sangat kecil.
 
“Jualan kenderaan elektrik sentiasa meningkat setiap tahun, tetpi harga bateri masih perlu turun lebih cepat untuk memastikan pasaran pembuatan lebih kompetitif,” ujar Colin McKerracher, penganalisis BNEF.
 
Kebanyakan negara sudah pun mempunyai polisi kenderaan sendiri. Di UK, perbahasan mengenai isu ini dijangka akan diwartakan pada September nanti di mana tarikh akhir untuk kenderaan berenjin petrol/disel dijangka pada tahun 2040.

SUMBER BLOOMBERG

Google ads
Back to top button