TAHUN 1976 TOYOTA LANCAR TOWN-ACE, AYAHANDA VELLFIRE & ALPHARD

SHARE

Apabila melihat seseorang itu berjaya mereka yang banyak pengalaman akan kata, lihatlah sekali pengorbanan yang dilalui. Konteks tersebut juga boleh diguna pakai dalam dunia automotif.

Lihat juga kepayahan sesebuah pengeluar sebelum berjaya seperti Nissan, Volvo, Porsche dan sebagainya. Peristiwa syarikat hampir bankrap adalah biasa sebelum bangkit semula.

Begitu juga kejayaan ada tahap pendakiannya sendiri. Seperti hari ini Toyota mempunyai banyak model yang berjaya. Dari sekecil-kecil model seperti Yaris hinggalah yang besar dan mewah iaitu Vellfire dan Alphard.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Jepun selepas era perang dunia kedua cuba membetulkan semula ekonomi melalui keusahawanan. Dalam tempoh tersebut pengeluar banyak tertumpu kepada kenderaan komersil yang kecil dan comel. Kapcai, lori pikap dan van menjadi pilihan utama sehingga beberapa dekad selepas perang.

Dalam tempoh perkembangan ekonomi, lahirlah ayahanda kepada Vellfire dan Alphard hari ini iaitu Lite Ace.

Town-Ace dilancarkan oleh Toyota di Jepun pada tahun 1976. Pada masa itu belum lagi ada terminologi SUV atau MPV, Toyota memanggilnya sebagai cab-over type light truck. Atau bahasa mudahnya kenderaan penumpang dari pikap kecil.

Senang cerita kita panggil van. Pada awal penjualan van ini hanya ditawarkan di Jepun sahaja. Tahun-tahun berikutnya van ini mula ditawarkan di negara kita.

Menariknya ada unit yang dimport masuk oleh pengimport bebas hasil daripada polisi permit import kenderaan yang diperkenalkan kerajaan pada waktu itu.

TOYOTA HIACE 2015 LEBIH SELAMAT

Toyota Hiace – Cicit Town-Ace

Pada waktu mula diperkenalkan Town-Ace mempunyai sembilan jenis varian seperti berikut:

  • Empat varian enjin 1200 cc dengan kapasiti muatan 600kg
  • Dua varian 1600 cc dengan kapasiti muatan 750kg
  • Tiga varian 1600 cc dengan lapan tempat duduk. Enjin TTC-L ini mematuhi piawaian emisi untuk kenderaan penumpang

Fungsi van dengan pelbagai guna sudah dimulakan sejak berpuluh tahun dulu. Van barang pada masa itu mempunyai kapasiti muatan sekitar 600 kg dan Town-Ace hadir dengan angka ekstra iaitu dari 600 kg hingga 750 kg.

Selain itu Town-Ace mempunyai prestasi bagus dan mudah untuk dikendalikan. Town-Ace juga mempunyai pelbagai kemudahan interio menjadikannya sebagai pilihan top berbanding pesaing lain

Toyota mereka bentuk Town-Ace untuk pelbagai guna sama ada sebagai pengangkutan penumpang, barangan, penghantaran atau peribadi.

Van ini menawarkan keselesaan dan prestasi ibarat kereta penumpang. Sasaran jualan Town-Ace pada masa itu ialah 4,000 unit sebulan.

Mereka yang membesar pada era 80an dan 90an pasti mempunyai banyak kenangan manis dengan van ini kan? Sampai sekarang pun masih ada yang menggunakan Town-Ace dan Lite-Ace untuk meniaga. Inilah Toyota.

BACA: TOYOTA VELLFIRE G’S SPORT- KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

BACA: TOYOTA HIACE ULANGTAHUN KE-50. VAN PREMIUM SETARAF VELLFIRE

Share this post

scroll to top