TAHUN 2001 HONDA JAZZ DIPERKENAL DI JEPUN, MODEL IKONIK SAMPAI SEKARANG

SHARE

Tahukah anda Honda Jazz dah nak masuk usia SPM? Sekarang ini pun masih ramai yang memandu Jazz generasi pertama (GD1) dan reka bentuknya masih segar sehingga sekarang.

Maknanya model ini berjaya sama ada dari segi reka bentuk, kuasa dan populariti. Model ini memang digemari ramai sama ada di Indonesia, Malaysia, Amerika Syarikat atau Jepun sendiri.

Pada tahun 2002, Jazz dinobatkan sebagai kereta terlaris di Jepun dan ia yang pertama dalam sejarah Honda. Pada tahun 2007, jualan Jazz telah mencecah sejuta unit di Jepun seterusnya pada 2009 Honda mengumumkan jumlah jualan global sudah pun mencapai tiga juta unit.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Hebat bukan, siapa sangka model yang comel dengan pengaruh kuat falsafah Jepun dengan kelajuan sederhana boleh mencapai kejayaan dalam masa begitu singkat.

Segala-galanya bermula pada 21 Jun 2001 apabila Honda Motor Co.,Ltd mengumumkan penawaran Jazz ke pasaran domestik Jepun.

Model ini dibina berasaskan platform kecil cekap ruang global yang termaju dari segi kejuruteraan pada waktu tersebut. Model baharu itu dilengkapi dengan enjin i-DSI yang ekonomikal dengan catatan penggunaan 23 km/l.

Jazz bukan sahaja jimat minyak tetapi mempunyai pakej yang cukup. Dalaman yang luas, kerusi yang selesa dan boleh dilaras untuk lebih muatan dan reka bentuk menarik.

Perasan atau tidak, Jazz mempunyai beberapa persamaan gayaan dengan Civic EG dua pintu.

Tidak pasti mimpi apa yang melanda Honda dalam membuat kereta sebegini kerana secara tradisi mereka mengeluarkan kereta penumpang dan hatchback sporti seperti Prelude, Civic dan Accord.

Dalam membangunkan Jazz, Honda mahu menetapkan tanda aras baharu untuk segmen kereta kompak dalam segenap segi seperti pengendalian yang baik, jimat minyak, keseronokan pemanduan dan reka bentuk menawan.

Ciri-ciri tersebut adalah sasaran Honda dalam memenuhi konsep Personal MAX yang merupakan asas kepada Jazz.

Satu lagi ciri istimewa Jazz ialah lokasi tangki minyak yang lain daripada lain. Jika kereta biasa tangki minyak berada di bahagian bawah belakang, untuk Jazz komponen tersebut dipasang pada bahagian tengah kenderaan dan dengan teknologi struktur G-control menjadikan kereta lebih selamat.

Selain itu bahagian depan dan belakang yang pendek serta sistem suspensi kompak membolehkan lantai Jazz direndahkan seterusnya membolehkan lebih banyak ruang untuk kabin dan juga pada sebuah kereta kecil. Jika ada yang bertanya kenapa Jazz terasa kecil di luar tetapi besar di dalam, ini salah satu rahsianya.

Jazz turut dilengkapi dengan pelbagai ruang simpanan yang mana turut menjadikannya sebuah kereta praktikal.

Jazz bukan sahaja mencatat sejarah untuk dirinya sendiri tetapi juga adalah peneraju kepada model-model SMALL MAX lain dan juga model pertama menggunakan enjin i-series.Model-model dalam famili ini ialah City, Airwave, Mobilio, Mobilio Spike, Freed dan Freed Spike.

Tradisi pencetus teknologi terus digalas Jazz sehingga hari ini di mana anda boleh memiliki versi hibrid dengan klac berkembar di bilik pameran Honda Malaysia. Malah Jazz Hybrid sudah dua generasi ditawarkan di negara kita.

Honda Jazz generasi ketiga (GK) sudah pun memasuki tahun kelima tahun ini sejak mula dijual di Jepun pada September 2013. Jika mengikut kitaran produk Honda, model baharu akan dilancarkan pada tahun depan.

Terdapat beberapa gambar ujian jalanan yang telah pun tersebar di internet. Dari gambar tersebut, Jazz masih mengekalkan bentuk tradisionalnya iaitu bumbung tinggi dan saiz badan sederhana.

Tiang A dengan bingkai pintu masih kekal terpisah dengan cermin kecil manakala lampu depan menegak dan bulat seperti GD1 bakal muncul kembali. Lampu belakang pula melintang ala Mercedes-Benz A Class dan mungkin tiada lagi bentuk L seperti Volvo.

Asalkan pereka tidak membawa Jazz lari jauh daripada falsafah asalnya, model ini akan sentiasa mempunyai peminat tersendiri.

Satu lagi fakta ialah, Jazz boleh dikatakan model yang mempunyai susut nilai tegar yang sama taraf dengan Proton Arena. Cuba periksa di laman web terpakai, model yang berbelas tahun pun masih keras harganya!

BACA: TIADA KIT MODULO UNTUK HONDA JAZZ NAMUN KIT MUGEN INI TAMPIL LEBIH GARANG

BACA: HONDA JAZZ MUGEN PRO! – JAZZ GD 1

Share this post

scroll to top