TAK BANYAK MANA – BARU 5 JUTA MITSUBISHI KELUARKAN KENDERAAN DI THAILAND

SHARE

Di era pemerintahan Mahathir 2.0, ada yang berbicara tentang Dasar Pandang Ke Timur kembali. Sebagai negara kecil, dasar seperti ini tidak kira ke mana kiblatnya sama ada timur atau barat adalah perlu sebagai ‘payung’ dan hala tuju.

Walaupun pada era Mahathir 1.0 kita mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur atau spesifiknya ke Jepun, negara itu juga turut memandang ke negara kita dengan melabur dalam jumlah yang begitu besar sekali.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Ini boleh dilihat melalui jumlah kilang-kilang Jepun di negara kita pada satu masa dahulu.

Selain Malaysia, Jepun juga turut melabur dalam jumlah yang besar ke negara jiran seperti Thailand. Negara jiran ini adalah destinasi popular Jepun untuk melabur dalam industri automotif.

Di antara puncanya ialah dasar automotif yang mesra pelabur selain daripada kos buruh lebih rendah berbanding negara kita.

Falsafah perindustrian di antara Malaysia dan Thailand boleh diperdebatkan dan ia tidak seringkas Thailand lebih berjaya di atas sebab itu dan ini.

Polisi ekonomi mempunyai hitam dan putih dan setiap tindakan yang diambil ada kelebihan dan kekurangannya.

Namun apa yang pasti Thailand adalah hub kenderaan yang popular dan berdaya maju untuk syarikat automotif Jepun. Terbaru ialah apabila Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan Mitsubishi Motors (Thailand) Co., Ltd. (MMTh) berjaya mengeluarkan sebanyak lima juta unit kenderaan di kilang Laem Chabang.

MMTh adalah pengilang dan pengedar eksklusif kenderaan Mitsubishi dan produksi kelima juta itu ialah Mitsubishi Shogun Sport.

JUALAN AKSESORI TULEN MITSUBISHI

Majlis keraian produksi ini dihadiri oleh Somkid Jatusripitak, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Shiro Sadoshima, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Jepun, Osamu Masuko, CEO Mitsubishi Motors Corporation dan jemputan kehormat lain.

Kilang MMTh di Laem Chabang memang istimewa, sebab apa?

Ini adalah kilang paling besar di luar Jepun dengan keupayaan mengeluarkan 424,000 kenderaan setahun. Eksport dari kilang ini juga menjangkaui 120 buah negara. Kilang ini juga turut membantu perkembangan syarikat di rantau ASEAN dan antarabangsa.

Operasi Mitsubishi Motors di Thailand sebenarnya sudah lama bermula iaitu sejak tahun 1961 lagi dengan pengeluaran kesejuta berjaya dicapai pada tahun 2003. 

Pengeluaran kedua juta dicapai pada tahun 2010 dan hanya selepas tiga tahun iaitu pada 2013 berjaya mengeluarkan tiga juta kenderaan.

Bisnes Mitsubishi terus berkembang pesat dengan pencapaian keempat juta dicapai pada tahun 2015.

Satu lagi fakta menarik ialah daripada lima juta kenderaan dihasilkan, sebanyak 3.7 juta untuk pasaran eksport ke lebih 120 buah negara di serata dunia. Pada tahun 2016, Mitsubishi menyambut pengeluaran eksport yang ketiga juta.

MMTh mempunyai tiga kilang kenderaan di Laem Chabang. Kilang pertama dibuka pada tahun 1992 kemudian disusuli kilang kedua pada 1996 yang fokus kepada pengeluaran dan hab pikap L200 untuk pasaran eksport.

Pada tahun 2007, Mitsubishi Motors Thailand menyertai program Eco Car dan melabur ke dalam kilang pengeluaran ketiga dengan produksi pertama bermula tahun 2012. 

MMTh turut mempunyai kilang nadi kuasa yang mengeluarkan enjin untuk pasaran domestik dan eksport.

Mitsubishi Motors Thailand sekarang ini mempunyai lebih daripada 6,600 pekerja. Selain kilang, Mitsubishi turut mempunyai Pusat Logistik Alat Ganti Global, medan ujian dan pusat latihan baharu.

Share this post

scroll to top