BuletinMotosikal

TAK CUKUP DENGAN 3 TONG? NAH, BOLEH PASANG TRAILER PADA MOTOSIKAL ANDA

Salah satu sebab motor “unta” menjadi pilihan ramai kaki kembara adalah keupayaannya membawa tiga tong besar. Dua di setiap sisi dan satu di bahagian belakang.  Motosikal adventur seperti BMW GS telah menjadi trademark bagi yang menggemari kembara rentas negeri atau benua.

Tapi masih ada ruang untuk meningkatkan praktikaliti motosikal ini. Maksud kami, keupayaannya untuk membawa kargo lebih banyak.

Berapa banyak?

Syarikat yang bernama C-Way Mototrailer dari Ukrain telah menghasilkan trailer khusus untuk dipasangkan pada motosikal. Ya. bagi anda yang bukan sahaja nak bawa baju dan peralatan motor, mungkin juga dapur memasak, pasu bunga, katil dua tingkat dan juga dulang astro.

Adakah ia lucu?

Tidak tuan-tuan. C-Way memang membuat trailer secara tempahan khas kepada mereka yang berminat. Piliha rekabentuk, saiz, kapasiti dan mereka akan buatkan untuk anda. 

Lihat video yang mereka siarkan ini. Trailer ini dilengkapi dengan set pengecas elektrik, sistem suspensi sendiri dan juga sistem kekunci yang canggih sebenarnya.

 

 

Google ads
Back to top button