TAK MAMPU BELI PAGANI HUAYRA? TAK MENGAPA. BOLEH SEWA, CUMA RM100K SEBULAN

SHARE
Tak cukup duit nak beli Pagani? tapi ada selera yang tinggi? tak nak dibebani penyelenggaraan dan tak mau fikir pasal komitmen?
Putnam Leasing di Amerika ada penyelesaian.

“Now everyone can drive Pagani”
 
Syarikat dari AS ini baru sahaja mengumumkan akan menawarkan pajakan Pagani model Huayra kepada penyewa yang berminat.
 
Pelanggan cuma perlu bayar sebanyak USD25,339 (RM100K) sebulan selama lima tahun.
 
Tapi nanti dulu.
 
Sebelum tu kena bayar deposit USD700,000 (RM2.7 Juta). Jelas, deposit ini sahaja sudah mahal meninggal sebab kalau dikira balik deposit campur bayaran tahunan kesemuanya berjumlah USD2,22 juta atau RM (RM8.7 Juta)
 
Sedangkan belian baru kereta ini ialah sekitar USD 2.7 Juta (RM10.5 Juta)
 
Beza USD500K antara sebuah unit sewa dan satu lagi beli sendiri. Jauh elok lah beli sendiri jadi harta sendiri.
 
Tapi tak apa, Amerika banyak orang kaya yang tak berapa cerdik juga. Kalau tidak, takkan lah Trump boleh menang.
 
“Pajakan menawarkan beberapa kelebihan berbanding membeli,” kata ketua eksekutif Putnam, Steven Posner.
 
“Pertama dan terpenting, pajakan kenderaan layak diisytihar sebagai perbelanjaan perniagaan untuk tujuan cukai. Tambahan pula, banyak negeri membenarkan pemegang pajak membayar bulanan, jadi cukai juga boleh ditolak secara bulanan dan bukan sekaligus.
 
Seperti yang anda tahu, Huayra Roadster dipasangkan dengan enjin V12 berkembar berkembar 6.0 liter dengan 764 kuasa kuda ke roda belakang. Supercar boleh memecut dari 0 ke 62 mph (100 km / j) dalam 2.8 saat.

Share this post

scroll to top