Buletin

TAMBAH NILAI VIOS & HILUX

Mulai hari ini, varian model Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo dan Vios 1.5G akan didatangkan bersama sistem hiburan DVD-AVN (Audio-Video-Navigation) yang merangkumi kamera mengundur tanpa sebarang caj tambahan.

Toyota-promo-june-2015-mekanika (2)

Unit utama itu terdiri daripada skrin sentuh bersaiz tujuh inci serta mempunyai pilihan ketersambungan seperti HDMI, USB, Bluetooth dan AUX. Di pasaran lain, DVD-AVN merupakan aksesori tulen yang ditawarkan oleh Toyota.

Bagi varian Vios 1.5E dan 1.5J pula, ia hadir bersama filem solar dan keselamatan premium Toyota. Menepati garis panduan JPJ, filem ini mampu menghalang sehingga 99 peratus cahaya ultra violet yang berbahaya.

Toyota-promo-june-2015-mekanika (4)

Diperbuat daripada material nano termaju, filem tersebut sangat tahan lasak. Ia berupaya menghalang kaca daripada berkecai sekiranya berlaku kemalangan atau kabin kereta cuba dipecah masuk.

Bagi pelanggan yang membeli varian Toyota Hilux TRD Sportivo dan G, mereka juga akan menerima sistem infotaimen DVD-AVN secara percuma.

Toyota-promo-june-2015-mekanika (3)

Di bahagian luaran, pelindung hud ditambah dengan jalur merah yang sporty. Manakala tiang B dibalut dengan pelekat gentian karbon.  Bar besi tahan karat turut dipasang pada bahagian belakang untuk meningkatkan lagi gayanya yang rugged. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh menaik taraf kepada TRD Sportivo Sports Bar pada harga RM2,500.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi bilik pameran Toyota terdekat. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button