Buletin

TAMPIL BERBEZA DENGAN SPORTS COUPE INFINITI Q60 – RM308,800

Pengedar kenderaan mewah INFINITI, Inspired Motor baru-baru ini telah melancarkan INFINITI Q60. Sports coupe premium itu menggabungkan reka bentuk ekspresif bersama prestasi dinamik. 

 

INFINITI sebelum ini tampil dalam segmen sports coupe menerusi model G35 dan G37 yang dilancarkan pada tahun 2002 dan 2008. Generasi pertama G35 mengetengahkan penampilan memukau. Justeru, pasukan pembangunan INFINITI telah mereka bentuk dan menghasilkan Q60 generasi ketiga berdasarkan kepada prinsip yang sama.

 

Q60 tampil dengan falsafah reka bentuk signatur INFINITI yang menggabungkan ciri-ciri seperti gril dengan arca berkembar dan tiang C yang berbentuk sabit. Lampu utama LED itu hadir bersama teknologi ‘light guide’ yang berfungsi memancarkan cahaya secara seimbang.

 

Ia menggunakan rim aloi aluminium 19 inci dengan rekaan baru yang dibalut dengan tayar jenis run-flat bersaiz 255/40 RF19.  Jarak roda – ruang di antara tayar dan arca roda – kini lebih rapat. Sekali gus memberikan visual kereta yang rendah dan berkuasa.

 

Reka bentuk papan pemuka Q60 jelas memberi fokus kepada pemandu dengan konsol tengah menempatkan dua skrin sentuh (bersaiz 8 inci di atas dan 7 inci di bawah) sebagai sebahagian daripada sistem kawalan bersepadu InTouch – generasi terkini teknologi infotainment INFINITI. Dengan dua skrin sentuh, ia dapat meminimumkan jumlah butang di dalam kabin untuk tampil lebih kemas.

InTouch mampu mengingati lebih 200 tetapan yang boleh diprogramkan secara individual. Tetapan itu merangkumi mod enjin, stereng, posisi tempat duduk, audio, navigasi, paparan tetapan, ventilasi dan pendingin hawa yang dimahukan.

 

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin DIG (direct-injection gasoline) empat silinder dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa mencecah 211hp pada 5,500rpm dan tork maksimum 350Nm bermula pada 1,250 hingga 3,500rpm. Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik, ia menawarkan penjimatan sekitar 7.5L/100km bagi gabungan kitaran pemanduan di bandar dan lebuh raya.

Dalam mod ‘Sport’, Q60 akan memilih corak penukaran gear yang lebih agresif dengan memegang gear lebih lama untuk mencapai prestasi maksimum pada putaran enjin yang lebih tinggi. Lebih menarik lagi, ambien kabin berasa semakin energetik apabila ia diisi dengan bunyi ekzos signatur INFINITI menerusi Active Sound Enhancement.

 

Pemanduan INFINITI Q60 serba baharu boleh diubah suai sepenuhnya menerusi ciri Drive Mode Selector (DMS) – diakses menerusi skrin sentuh bersaiz 8 inci. Sistem itu membolehkan mod pemanduan dipilih sama ada: ‘Standard’, ‘Snow’, ‘Sport’ dan ‘Personal’.

Menjadi debut pertama dalam sebuah kenderaan produksi, Q60 dipasang dengan sistem bunyi  Bose® Performance Series bersama 13 unit pembesar suara serba baharu sebagai satu ciri standard. Tetapan sistem bunyi itu direka khas untuk disesuaikan dengan akustik kabin Q60.

 

Q60 dilengkapi enam beg udara sebagai ciri standard – beg udara untuk pemandu, penumpang hadapan, sisi dan pada bahagian bumbung. Hud enjin jenis pop-up juga standard. Ia direka supaya dapat memenuhi standard keselamatan global yang baru untuk mengurangkan kecederaan ke atas pejalan kaki.

Model yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu sedia untuk dipandu uji bermula 7 Mei 2017. Harga di atas jalan termasuk GST (tanpa insurans) bermula RM308,800 dan hadir bersama jaminan selama 7 tahun serta perbatuan tanpa had. Ia hadir dalam lima warna dengan merah menjadi warna baru.

 

Kunjungi Pusat INFINITI Kuala Lumpur yang terletak di The ICON, Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur dari 10.00am sehingga 7.00pm setiap hari, no. tel. 603-2162 3223.

BACA: NISSAN & INFINITI TAWAR JAMINAN KENDERAAN 7 TAHUN, PERBATUAN TANPA HAD

GALERI

Google ads
Back to top button