Artikel PilihanBuletin

TARIKAN PERSONA MAZDA MX-5 RF

Mazda baru-baru ini mendedahkan Mazda MX-5 RF (retractable fastback) pada acara New York International Auto Show.

Mazda-MX-5-RF-mekanika (21)

Versi hardtop itu didakwa mampu menawarkan dimensi baru dalam keseronokan pemanduan apabila bumbung dibuka.

Mazda-MX-5-RF-mekanika (16)

Mazda dilihat telah mencipta sesuatu yang serba baharu. Menggabungkan gayaan sebuah fastback dengan garis bumbung yang menirus ke bahagian belakang dan tingkap belakang boleh dilipat.

Mazda-MX-5-RF-mekanika (1)

Bumbung boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menekan satu butang. Ia boleh dilakukan ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 10km/j. Rekaan yang pintar membolehkan kapasiti ruang kargo adalah sama dengan model soft-top.

MX-5 RF ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5 dan 2.0 liter SKYACTIV-Gyang dipadankan dengan kotak gear manual SKYACTIV-MT atau automatik enam kelajuan.

Mazda-MX-5-RF-mekanika (25)

Satu lagi keistimewaan MX-5 RF ialah warna kelabu yang baru. Warna premium yang dikenali sebagai Machine Grey itu direka untuk menyerlahkan lagi rekaan luaran  KODO – Soul of Motion Mazda. Warna itu membuatkan badan MX-5 RF seolah-olah diarca daripada satu bolok besi solid!

Mazda-MX-5-RF-mekanika (14)

Machine Grey dijangka digunakan pada model-model Mazda yang lain, termasuklah  Mazda CX-9 apabila ia berada di pasaran Amerika Utara pada musim bunga depan.

Google ads
Back to top button