Buletin

TAS 2018: HONDA CIVIC MUGEN TYPE-R RC20GT CONCEPT – SERIUS BURUK!

Mugen, penala terkenal Honda membuka lembaran 2018 menerusi pameran Tokyo Auto Salon tahun ini dengan menghidangkan kepada penonton Honda Civic RC20GT Concept.

Sejujurnya, ia adalah bentuk paling pelik yang pernah kami lihat dibuat oleh penala terkenal yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat kereta seluruh dunia.

BACA: HONDA FD MUGEN RR INI UNTUK DIJUAL

RC20GT muncul seperti yang tidak diharapkan. Ia mungkin menarik dari segi spesifikasi, namun dari sudut penampilan, FK8R yang asli ternyata jauh lebih elok.

Kereta ini dipasangkan dengan banyak peralatan gentian karbon yang meluas. Sistem brek ditingkatkan dengan unit monoblok, rim 20 asal digantikan dengan profil tayar yang lebih rendah.

Mungkin kerana kereta ini dikelaskan sebagai konsep, bahagian dalaman digarapkan dengan kemasan kosmetik melebihi fungsi. Ia mungkin cantik tetapi langsung tidak menggambarkannya DNA sebuah Type R.

Maaf, kami terpaksa namakannya Ah Beng R.

Sebenarnya, Mugen RR Concept yang diperkenalkan pada 2008 (TAS 2008) 10 tahun lepas jauh lebih kemas, cantik dan beridentiti. Mugen RR Concept Carbon juga tidak pernah dihasilkan tetapi ia mendapat pujian yang meluas.

 

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”143″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button