TAWARAN DAN GANJARAN HEBAT NISSAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 

SHARE

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini menamatkan sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group dan memulakan sambutan awal tahun dengan ganjaran yang hebat.

Kempen ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah NISSAN Teana 2.5L XV baharu setiap bulan dari Januari hingga Mac 2018, mata ganjaran AirAsia Big atau peralatan elektrik premium Hitachi sehingga RM600,000 dengan setiap pembelian kenderaan baharu NISSAN. 

Bukan itu sahaja, kempen tersebut menawarkan Set Golden Fortune Bonus yang menarik ke atas model-model terpilih NISSAN. Ia melibatkan penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM10,500.

ETCM juga akan memulakan Karnival Pandu Uji Tahun Baru Cina NISSAN 2018 di beberapa bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah NISSAN untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat, menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti Tarian Singa, kaligrafi dan permainan dengan hadiah menarik.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah NISSAN adalah seperti berikut:

Jadual Karnival Pandu Uji

Tarikh Wilayah Lokasi
13 – 14 Januari Tengah ETCM Petaling Jaya
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah City Mall, Kota Kinabalu
19 – 20 Januari Pantai Timur AEON Kota Bharu
Sarawak ETCM Bintulu
20 – 21 Januari Tengah ETCM Puchong
Utara ETCM Bayan Lepas
Selatan ETCM Semabok
Sabah ETCM Tawau

Jadual Siri Jelajah

Tarikh Wilayah Lokasi
9 – 14 Januari Utara AEON Bukit Mertajam, Penang
11 – 14 Januari Tengah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
12 – 14 Januari Selatan Paradigm Mall, Johor Bharu
12 – 14 Januari Sabah City Mall, Kota Kinabalu
16 – 21 Januari Pantai Timur AEON Kota Bharu

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

Share this post

scroll to top