Buletin

TAWARAN HEBAT KARNIVAL MEGA MAZDA

Jika anda merancang untuk mendapatkan sebuah kereta Mazda, sekarang ialah masa yang paling tepat. Ini kerana Bermaz Motor sedang menganjurkan Karnival Mega Mazda untuk tiga hujung minggu berturut-turut. 

Kempen tersebut membolehkan pelanggan membeli sebuah kenderaan Mazda3 pada harga bermula RM99,000 serta tawaran menarik bagi SUV CX-5.

Bagi mereka yang lebih senang membeli model terpakai, ada juga kereta Mazda yang ditawarkan pada harga bermula RM60,000 seunit. Memang berbaloi!

Karnival itu sudah bermula pada hujung minggu lalu. Terlepas? Jangan bimbang kerana minggu ini anda boleh mengunjungi Mazda Kajang dan Mazda Shah Alam di Padang Jawa. Jadual lengkap adalah seperti berikut:

Selain daripada bilik pameran yang dinyatakan, pelanggan juga boleh mendapatkan pakej promosi istimewa di mana-mana bilik pameran Mazda di seluruh negara.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, setiap kenderaan Mazda didatangkan dengan jaminan selepas lima tahun. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima penyelenggaraan percuma yang merangkumi kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir  untuk tempoh tiga tahun.

Jadi, tunggu apa lagi. Luangkan masa hujung minggu untuk pergi ke bilik pameran Mazda berhampiran anda!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button