Buletin

TAWARAN HEBAT KIA POWER DEALS KINI KEMBALI

NAZA KIA Malaysia memulakan kempen Kia 2017 Best Year-end Power Deals bermula hari ini sehingga 31 Disember 2017.

Dengan pembelian mana-mana model KIA sepanjang tempoh kempen, pelanggan akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tiga tahun termasuk alat ganti dan kos buruh.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mendapat rebat tunai sehingga RM16,000 untuk beberapa model terpilih seperti Kia Sorento Turbo Diesel, Kia Rio, Kia Sportage GT Turbo Diesel dan Kia Cerato.

Selain daripada servis percuma dan rebat tunai, pelanggan yang membeli Kia Sportage, Sorento, Carnival dan Optima akan menikmati ketenangan minda tambahan menerusi Program KIA Value 5 yang menjanjikan nilai selepas pemilikan selama lima tahun.

Promosi ini hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2017, selagi stok masih ada. Maklumat lanjut, hubungi talian careline Kia: 03-1800 888 542.

Google ads
Back to top button