Buletin

TAWARAN HEBAT SUZUKI MEGA ROADSHOW

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) menjemput orang ramai untuk mengunjungi DRB-HICOM Auto Fest 2014 yang bakal berlangsung di ibu pejabat EON di Shah Alam pada hujung minggu ini. 

Suzuki Mega Roadshow_2

Ia merupakan pusingan terakhir Suzuki Mega Roadshow yang sebelum ini diadakan di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara. Suzuki menawarkan para pelanggan peluang terakhir untuk mendapatkan apa jua model Suzuki dengan tawaran istimewa, selain memenangi hadiah yang disediakan.

Suzuki Mega Roadshow_3

“Sejak akhir November lalu, kami telah menawarkan model-model Suzuki pada harga terbaik buat rakyat Malaysia. Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan. Sekarang, kami ingin mengajak semua orang di seluruh Kuala Lumpur untuk mengunjungi siri jelajah di Shah Alam dan menikmati promosi-promosi hebat ini,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

P1090094

Pelbagai hadiah menarik seperti lawatan ke Jepun untuk dua orang dengan semua kos ditanggung, TV LED bersaiz 60 inci dan sistem teater rumah, akaun simpanan ASN/ASB berjumlah RM10,000 serta baucar beli-belah Parkson bernilai RM5,000 sedia untuk dimenangi.

Slider dlm (1)

Menurut SMA, antara model yang terlibat dalam promosi ini ialah Swift dan Swift Sport. Anda juga boleh menikmati harga yang lebih rendah jika ingin membeli model 4×4 kompak, Jimny.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button