Buletin

TEANA DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa ia sudah mula menerima tempahan untuk Nissan Teana serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia. 

SONY DSC

Nissan Teana generasi ketiga ini telah menerima penambahbaikan dari semua segi. Rekaannya kini lebih bergaya dan kemas. Ia juga digabungkan dengan inovasi termaju serta kemewahan, sesuai dengan tagline “Drive to Greatness”.

SONY DSC

Orang ramai boleh melihat Nissan Teana secara dekat di beberapa buah pusat beli-belah terpilih di seluruh negara mulai sekarang hingga 1 Jun 2014. Pusat beli-belah yang terlibat ialah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur (mulai sekarang hingga 18 Mei 2014), Mahkota Parade, Melaka (dari 15 – 18 Mei 2014), KSL Mall, Johor Bahru (dari 19-25 Mei 2014), Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur (dari 21–25 Mei 2014) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (dari 29 Mei – 1 Jun 2014).

SONY DSC

Para pelanggan yang ingin membuat tempahan juga boleh berbuat demikian di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. Nissan Teana yang tampil premium serta berkualiti tinggi hadir dalam tiga varian iaitu 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE.

“Saya percaya Nissan Teana baharu yang memiliki penampilan sedan premium dan berkualiti akan menarik minat para pelanggan, terutama golongan usahawan muda dan berjaya. Menawarkan gabungan gaya, prestasi dan nilai yang seimbang, ia akan terus menjadi salah satu sedan eksekutif paling popular di Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen.

Nissan -Teana-booking-mekanika (11)

Sedan eksekutif ini dikuasakan oleh enjin QR25DE yang baru dibangunkan. Dilengkapi sistem Twin C-VTC (Twin Continuously Variable-valve Timing Control), enjin ini menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di Bandar. Di samping pecutan yang berkuasa dan mudah untuk memotong kenderaan lain di lebuh raya.

Bagi memberi keselesaan maksimum kepada pemandunya, Nissan Teana hadir dengan reka bentuk tempat duduk  yang “Diinspirasikan kepada Graviti Sifar”. Tempat duduk itu membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang serta memperbaiki aliran darah. Sekali gus mengurangkan kepenatan jika memandu dalam tempoh yang lama.

Nissan -Teana-booking-mekanika (10)

Bagi meningkatkan pengalaman premiumnya, Nissan Teana dilengkapi sistem audio premium BOSE dengan sembilan pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling terbaik.

Nissan -Teana-booking-mekanika (9)

Menyentuh tentang aspek keselamatan, sedan ini didatangkan dengan enam beg udara SRS, Hill Start Assist (HSA), Active Understeer Control (AUC), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA), Vehicle Dynamic Control (VDC) dan Traction Control System (TCS).

Nissan -Teana-booking-mekanika (13)

Nissan Teana hadir dalam lima warna iatu biru, perak, hitam, emas dan putih.

Baru-baru ini, Mekanika Malaysia ada dijemput untuk memandu uji Nissan Teana. Jadi, nantikan laporan penuh mengenainya di laman web ini tidak lama lagi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button