TEMPAHAN CIVIC TYPE-R DIBUKA DI UK

SHARE

Seperti yang sudah sedia maklum, Honda telah pun mula mengambil tempahan model  Civic Type-R 2015. 

Honda-Civic-Type-R-UK-Mekanika (6)

Tempahan model berkuasa tinggi yang amat ditunggu-tunggu itu bagaimanapun hanya dibuka kepada pengguna di United Kingdom. Untuk menempah, pelanggan perlu membayar deposit sebanyak £3,000 (RM16,000).

Honda dilihat agak berahsia mengenai model tersebut. Namun, ia dipercayai tidak jauh berbeza dengan model konsep Civic Type-R yang diperkenalkan kepada umum dalam acara Paris Motor Show 2014 awal tahun lalu.

Honda-Civic-Type-R-UK-Mekanika (1)

Jentera tersebut dikatakan bakal dilengkapi dengan enjin empat silinder turbocharged berkuasa 280 PS (206 kW). Ia juga menjanjikan prestasi lebih baik berbanding model-model Type-R terdahulu termasuklah Integra, Accord, malah NSX.

Honda-Civic-Type-R-UK-Mekanika (3)

Civic Type-R turut dilengkapi pelbagai inovasi kejuruteraan terbaik Honda. Antaranya termasuklah butang ‘+R’. Terletak di bahagian sisi stereng, ia menjanjikan pengalaman pemanduan yang cukup mengujakan.

Share this post

scroll to top