Buletin

TEMPAHAN HONDA BR-V CECAH 8,500 UNIT-PELANGGAN DAPAT KERETA SELEWAT APRIL

Crossover 7 tempat duduk terbaru Honda- BR-V jelas berjaya memenuhi keperluan keluarga rakyat Malaysia dengan kejayaan mengutip 8,500 unit tempahan. Ia baru dua bulan dilancarkan dan Honda terpaksa mengakui mereka terpaksa memanjangkan tempoh penghantaran.

Pada Januari lepas, Honda Malaysia memberitahu bahawa mereka akan menghantar pesanan sepenuhnya menjelang hujung Mac, namun dengan tempahan yang terus meningkat, penghantaran terpaksa dianjakkan ke bulan April. Pelanggan yang telah menempah BR-V akan mendapat kereta masing-masing selewat-lewatnya pada penghujung April.

BACA: BR-V-CROSSOVER YANG WAJIB DITUNGGU

BACA: 4000 UNIT BR-V DITEMPAH DALAM 3 MINGGU

Honda BR-V yang dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle telah dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania. Ia menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

Honda Malaysia menawarkan BR-V dalam dua varian iaitu E dan V. Varian E ditawarkan pada harga RM85, 800. Manakala varian V pula berharga RM92,800 (atas jalan dengan insurans). Ia datang dengan jaminan tanpa had selama 5 tahun

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC Honda dan dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 120PS dan tork 145Nm

 

Google ads
Back to top button