Buletin

TEMPAHAN HONDA CIVIC GEN-10 KINI DIBUKA!

Honda Malaysia mengumumkan bahawa tempahan Honda Civic generasi kesepuluh kini sudah dibuka. (Baca laporan pandu uji Civic di SINI).

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika

Sedan tersebut akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini. Honda menyifatkan model itu sebagai Civic terbaik yang pernah mereka hasilkan.

Generasi pertama Civic diperkenalkan pada tahun 1972 dan generasi-generasi seterusnya nyata mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Di Malaysia, Civic cukup sinonim dengan jenama Honda.

Sejak diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada tahun 2001, sebanyak 81,013 unit Civic telah terjual sehingga Mac 2016.

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika7

Civic menerima reka bentuk baharu yang lebih sporty dan atletik. Buat pertama kalinya, sedan itu akan menggunakan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) jenis LED.

Honda Malaysia akan menawarkan Civic dengan dua pilihan enjin iaitu 1.8L SOHC i-VTEC dan 1.5L VTEC Turbo. Enjin 1.8L mampu menghasilkan kuasa 141PS dan tork 174Nm. Sementara enjin turbo berkuasa 173PS dan tork 220Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear CVT.

Honda-Civic-gen-10-test-drive-mekanika (8)

Jentera ini menggunakan suspensi topang MacPherson untuk roda hadapan dan Multilink di belakang untuk menawarkan kualiti pemanduan yang mantap.

Dari segi penampilan, varian  1.5L Turbo menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci dan 16 inci untuk model 1.8L.

Honda-Civic-gen-10-test-drive-mekanika (3)

Tidak dilupakan, Civic juga dilengkapi empat ciri baharu dan pertama dalam segmennya. Remote Engine Start membolehkan anda menghidupkan enjin sejauh 40 meter dari kereta.

Ciri Walk Away Auto Lock pula akan mengunci pintu kereta secara automatik selepas pemandu berjalan melebihi jarak 2.5 meter dari kereta. Sementara dua lagi ciri baharu ialah brek parkir elektrik dan Brake Hold yang memberi lebih kemudahan kepada pemandu.

Honda-Civic-gen-10-test-drive-mekanika (13)

Anda boleh melihat Civic secara dekat pada acara My Auto Fest 2016 yang bakal diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) pada 20 hingga 22 Mei depan.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian Tol Percuma: 1-800-88-2020 atau layari laman web:  www.honda.com.my dan www.ridethedream.my

Google ads
Back to top button