Buletin

TEMPAHAN HONDA CR-V KINI SUDAH DIBUKA – ENJIN TURBO 1.5 VTEC

Mulai hari ini (1 Jun 2017), para pelanggan yang ingin memiliki Honda CR-V sudah boleh membuat tempahan di mana-mana 91 bilik pameran Honda di seluruh negara. 

CR-V serba baharu ini telah direka semula sepenuhnya dan dijuruterakan agar lebih premium bersama pelbagai ciri termaju yang sebelum ini belum pernah ditawarkan di Malaysia.

Hasilnya, jentera Comfortable Runabout Vehicle ini menetapkan satu penanda aras baru dari segi keselamatan, pengendalian, reka bentuk, keselesaan kabin, kemudahan dan fungsi.

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia akan memperkenalkan rangkaian teknologi keselamatan dan bantuan pemandu, Honda SENSING. Menjadi teknologi keselamatan termaju Honda, ia menyediakan amaran dan membantu pemandu mengelak kemalangan.

BACA: HARGA BARU UNTUK HONDA HR-V & CR-V 2WD KINI LEBIH MURAH

Honda SENSING unik kerana ia menggunakan kamera monokular dan radar gelombang milimeter untuk mendapat pandangan jalan raya yang lebih jelas. Kamera monokular tersebut dipasang pada cermin utama. Manakala radar gelombang milimeter diletakkan di dalam gril hadapan.

Gabungan kedua-dua alat tersebut mampu meningkatkan ketepatan mengesan dan pengenalpastian objek. Honda SENSING terdiri daripada tujuh ciri iaitu Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW) yang menawarkan fungsi Driver’s Cruising Aid, Frontal Collision Deterrence serta Side Collision Deterrence.

Selain Honda SENSING, CR-V akan dijana oleh enjin turbo 1.5L VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda, rangkaian kuasa itu mampu menjana kuasa sehingga 193PS pada 5,600rpm dan tork puncak 243Nm pada 2,000 – 5,000rpm.

Dari segi saiz, CR-V baharu ini lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Dimensinya, panjang (4,584mm), lebar (1,855mm) dan tapak roda (2,660mm). Tinggi pula ialah 1,679mm untuk varian 2WD dan 1,689mm (4WD). Sebagai sebuah SUV, tahap kelegaan tanah ialah 198mm (2WD) dan 208mm (4WD).

Anda boleh melihat jentera ini secara dekat pada siri jelajah seperti berikut:

TARIKH LOKASI MASA
4 Jun 2017 Gurney Paragon, Penang 10am – 10pm
7 – 11 Jun 2017 Mid Valley, Kuala Lumpur 10am – 10pm
11 Jun 2017 Imago Mall, Kota Kinabalu 10am – 10pm
16 – 18 Jun 2017 AEON Tebrau City, JB 10am – 10pm
18 Jun 2017 Plaza Merdeka, Kuching 10am – 10pm

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara pemilik terawal CR-V serba baharu ini!

Google ads
Back to top button