Buletin

TEMPAHAN HYUNDAI ELANTRA DIBUKA – HARGA BERMULA RM120K

Mahu sebuah kereta untuk balik beraya? Apa kata balik kampung dengan Hyundai Elantra serba baharu! Pelanggan yang membuat tempahan sekarang akan menerima Elantra mereka sebelum Hari Raya.

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan Elantra jauh lebih awal sebelum pelancaran rasminya yang dijangka pada Jun 2017. Sedan tersebut akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 Turbo Sport, 2.0 MPI Dynamic dan 2.0 MPI Executive.

Harganya pula dianggarkan sekitar M135,000 bagi varian 1.6 Turbo Sport, RM120,000 (2.0 MPI Executive) dan 2.0 MPI Dynamic pula berharga RM125,000 seunit.

Elantra 2.0L MPI Executive dan 2.0L MPI Dynamic dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0L Nu MPI yang mampu menjana 152 PS pada 6,200rpm dan tork 192Nm pada 4,000rpm. Sementara Elantra 1.6L Turbo Sport digerakkan oleh enjin Gamma 1.6 Turbo GDI (T-GDI) empat silinder berkuasa 204 PS pada 6,000rpm dan tork 265Nm pada 500-4,500 rpm.

Sedan itu nyata menyerlah dengan rekaan baru yang berasaskan kepada konsep reka bentuk Fluidic 2.0. Ia kemudian dimantapkan lagi dengan rangkaian kuasa yang bertenaga, besi regangan tinggi, Emergency Fastening Device, but belakang bebas tangan dan banyak lagi.

BACA: HYUNDAI SANTA CRUZ CONCEPT – UTE UNTUK PASARAN AUSTRALIA?

Di Amerika Syarikat, Elantra telah diberi anugerah International Design Award (IDEA®) pada tahun lalu.

Dari segi keselamatan pula, sedan tersebut menerima penarafan lima bintang ANCAP dengan skor 35.01 daripada 37 mata.

Google ads
Back to top button