TEMPAHAN LEXUS LS 2018 KINI DIBUKA – HARGA BERMULA RM799K

SHARE

Lexus Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan model mewahnya LS 2018 sudah dibuka.

LS hadir dalam tiga varian iaitu Luxury, Executive dan Executive Hybrid. Harga adalah seperti berikut:  

Lexus LS 2018 Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
LS Luxury RM799,000 RM800,166.70 RM800,166.70
LS Executive RM999,000 RM1,000,166.70 RM1,000,166.70
LS Executive (Hybrid) RM1,459,000 RM1,460,132.00 RM1,460,132.00

*harga di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans.

Selepas 10 tahun Lexus Malaysia menawarkan model utama ini, generasi kelima LS dilihat membawa kemewahan ke satu tahap baru. Ia jauh lebih baik berbanding model terdahulu dari segi platform, rangkaian kuasa, gayaan dan kualiti pertukangannya.   

Melakukan debut pertama pada acara North American International Auto Show (NAIAS) 2017, LS kini dijana oleh enjin V6 3.5 liter pengecas turbo berkembar pertama Lexus.

Enjin yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 415hp itu dipadankan dengan kotakgear 10 kelajuan.  

Sebagaimana yang anda boleh lihat, LS tampil dengan bahasa rekaan yang menyerlahkan lagi ketelitian pertukangan masyarakat Jepun. Dari sisi, ia kelihatan seperti sebuah coupe empat pintu.  Ruang kabin pula diserlahkan dengan kaca Kirikodan kemasan pintu yang mewah.

Dari segi keselamatan, sedan itu dipasang dengan Pre-Collision System, Lane Departure Alert dan banyak lagi.  

Direka dan dikilangkan di kemudahan Lexus di Tahara, LS menerima sambutan hangat di Jepun dengan pra-tempahan mencecah 9,500 unit. Angka itu adalah 1,600 peratus lebih tinggi berbanding sasaran jualan sebanyak 600 unit sebulan.  

Share this post

scroll to top