Buletin

TEMPAHAN PERODUA AXIA SUDAH DIBUKA!

Perodua mengumumkan bahawa pihaknya kini sudah mula menerima tempahan model terbaharunya, Axia mulai 15 Ogos 2014 (Jumaat).  

perodua-Axia-booking-mekanika (2)

Tempahan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia itu boleh dibuat di 180 bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Axia ditawarkan pada harga bermula RM24,900 (Semenanjung Malaysia, solid). Pelanggan boleh memilih daripada empat varian Axia iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Ia juga hadir dengan jaminan selama lima tahun, pertama seumpamanya daripada Perodua.

Perodua mendakwa bahawa Axia merupakan modelnya yang paling efisien. Ia mampu mencatat jarak sejauh 21.6km bagi setiap liter petrol. Bukan itu sahaja, Axia juga padat dengan ciri unik dan menawarkan kos pemilikan yang rendah.

perodua-Axia-booking-mekanika (1)

“Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang ke bilik pameran Perodua. Yuran tempahan cuma RM200 dan RM300 bergantung kepada varian,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Menyentuh mengenai keluasan ruang dalaman Axia, Aminar memberitahu, kereta itu bukan sahaja boleh memuatkan empat buah beg balik kampung, malah kapasiti yang mencecah 260 liter itu juga sangat fleksibel.  

Bakal dilancarkan tidak lama lagi, Axia merupakan model generasi seterusnya Perodua yang dihasilkan di kilang moden dan mesra alam.  

Nama Axia adalah hasil gabungan perkataan Asia. Sementara huruf ‘X’ itu pula mewakili nombor Roman (10) yang bermaksud model kesepuluh Perodua.  

Sempena bulan Syawal, Perodua akan menganjurkan rumah terbuka di semua outlet jualan dan servisnya pada 16 dan 17 Ogos ini. Jadi, anda boleh datang ‘beraya’ dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Axia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button