Buletin

TERBANG FIREFLY, MENANG BMW!

Firefly baru-baru ini melancarkan kempen Fly Firefly & Win a BMW (Terbang Firely & Menang BMW) yang memberi peluang kepada penumpang Firefly memenangi sebuah BMW 320i Sport Edition.

Firefly-BMW- Campaign-mekanika (1)

“Kami percaya kempen ini merupakan peluang ideal untuk menyatakan penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan mereka selama ini. Lebih banyak anda terbang, lebih tinggi peluang untuk memnangi sebuah BMW 320i Sport Edition!” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong.

Kempen Fly Firefly & Win a BMW bermula dari 18 Mei hingga 30 Julai. Empat pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Selain sebuah BMW 320i Sport Edition, tiga orang lagi pemenang bakal menerima hadiah percutian 3 hari 2 malam di Koh Samui dan duit belanja sebanyak RM2,000. Percutian 3 hari 2 malam di Langkawi dan duit belanja sebanyak RM1,000. Pemenang tempat ketiga akan menerima baucar tunai Firefly bernilai RM500 dan barangan Firefly.  

Firefly-BMW- Campaign-mekanika (2)

Sepanjang tempoh kempen ini, sepuluh pemenang akan dipilih setiap minggu untuk memenangi baucar tunai Firefly bernilai RM100. Para pemenang mingguan akan diumumkan pada setiap Isnin di laman web Firefly dan akhbar tempatan.

Untuk turut serta, ikuti langkah mudah sepertidi bawah:

i)             Tempah mana-mana penerbangan Firefly dalam tempoj kempen: 18 Mei – 30 Julai.

ii)            Jawab satu soalan mudah.

iii)           Hantar SMS ke 33310 serta sediakan jawapan, nombor tempahan, nombor kad pengenalan dan alamat e-mel.

Maklumat lanjut mengenai Fly Firefly & Win a BMW, layari laman web: www.fireflyz.com.my atau ikuti Firefly di laman Facebook (facebook.com/Firefly), Twitter (twitter.com/FlyFirefly) atau Instagram (Instagram.com/fireflyairlines).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button