Buletin

TERKINI: PROTON X70 RASMI DILANCARKAN. HARGA BERMULA RM99,800

Saat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kini tiba jua. Proton sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi SUV pertama mereka X70 di Kuala Lumpur Convention Centre kepada umum.

Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini dalam beberapa siri pameran dalam pelbagai acara, Proton akhirnya mendedahkan harga jualan yang menjadi tanda tanya ramai orang. Sebelum ini, biarpun tanpa harga pengenalan, sebanyak 10,000 unit SUV ini telah ditempah.

Berikut ialah harga jualan rasmi beserta spesifikasi X70 mengikut EMPAT varian utama;

STANDARD 2WD – RM99,800

  • Enjin 1.8 liter TGDi, enam kelajuan
  • 6 SRS beg udara
  • Lampu halogen
  • Rim aloi 17 inci
  • Sistem audio dengan skrin 8 inci
  • Kamera undur
  • Sistem pembersihan udara air purifier
  • Warna – Snow White & Armour Silver

EXECUTIVE 2WD – RM109,800

  • Tambahan dari spesifikasi STANDARD
  • Lampu hadapan LED dengan DRL
  • Rim aloi 18 inci
  • Kerusi bersalut kulit
  • kerusi pemandu boleh laras elektrik
  • Kamera panoramik 360
  • Warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown.

EXECUTIVE AWD – RM115,800

  • Tambahan dari spesifikasi EXECUTIVE 2WD
  • Pacuan semua roda
  • TPMS (Tyre Pressure Monitoring System)
  • Warna – Snow White & Jet Grey.

PREMIUM 2WD – RM123,800

  • Tambahan dari spesifikasi EXECUTIVE AWD
  • Advance Driver Assistance System
  • Kerusi salutan kulit Nappa
  • Kerusi pemandu & penumpang boleh laras elektrik
  • Rim aloi 19 inci
  • Warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown & flame Red.

Berita baik juga kerana buat pertama kalinya, Proton mengumumkan harga jualan ini adalah SAMA bagi seluruh Malaysia. Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Turut datang dalam pakej kali ini ialah XTRA PACKAGE di mana pembeli akan menikmati empat faedah utama iaitu;

XTRA SERVICE PACKAGE – Percuma kos buruh sebanyak LIMA kali

XTRA LOW FINANCING RATE – Kadar faedah pinjaman yang rendah, bermula 2.34%

XTRA WARRANTY COVERAGE – Jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan

XTRA DATA PACKAGE – Percuma data internet selama 5 tahun (1GB sebulan)

 

GALERI

Google ads
Back to top button