TERPERANGKAP HAMPIR 14-JAM DALAM KERETA SENDIRI – NASIB BAIK UMUR MAT SALEH NI MASIH PANJANG

SHARE

Seorang lelaki dari Cleveland Amerika Syarikat bernama Peter Pyros pernah selamat dari kanser, strok dan sembilan pembedahan tetapi menurut beliau dugaan terbesar setakat ini ialah bila terperangkap dalam kereta di garaj rumah beliau sendiri selama hampir 14-jam. Punyalah lama hinggakan beliau sempat menulis surat kepada anak saudaranya untuk berpesan agar tidak ada sesiapa membuat anggapan yang beliau telah membunuh diri.

Pyros berusia 75 tahun telah terperangkap di dalam sebuah Cadillac XLR Roadster tahun 2006 beliau sendiri setelah kereta tersebut gagal dihidupkan sekaligus mematikan sistem elektrikal kenderaan dan memerangkap Pyros di dalam keretanya sendiri. Pyros mengatakan yang beliau pitam sebanyak dua kali akibat kepanasan sebelum berjaya diselamatkan.

Kejadian berlaku pada pagi 31 Ogos lepas bila Pyros ingin membawa kereta kesayangan beliau bersiar-siar sambil menikmati udara pagi. Ia sudah menjadi rutin beliau dan kereta tersebut telah dihidupkan seminggu sebelum untuk rutin yang sama.

Sebaik masuk ke dalam, Pyros menekan butang penghidup tetapi senyap. Beliau kemudian mencuba kunci penghidup manual, pun gagal juga. Beliau mempunyai bateri simpanan baru untuk kunci dalam konsol tengah jadi beliau menukar bateri baru dan mencuba lagi. Itupun gagal jugak.

Kereta Cadillac keluaran 2006 milik Pyros tersebut mempunyai butang untuk membuka pintu dan bukannya tuil seperti kereta biasa. Jadi bila sistem elektrik tidak berfungsi, pintu dan cermin tingkap tidak boleh dibuka. Malah hon sekalipun tidak berfungsi jauh sekalilah untuk membuka bumbung convertible yang memang perlukan kuasa elektrik yang banyak.

Keadaan semakin panas dan melemaskan buat Pyros dalam masa hanya setengah jam. Selepas gagal mencari sesuatu yang mampu mengeluarkan beliau dari kereta beliau mula menjerit untuk mendapatkan perhatian.

Sesuatu yang agak sukar dilakukan kerana Pyros tinggal sendirian dan jiran terdekatnya keluar bekerja. Beliau cuba menumbuk dan menendang cermin tingkap tapi gagal memecahkannya. Umur pun dah 75 tahun korang kena la faham.

Beliau mengetuk cermin tingkap dengan harapan ada yang mendengar tapi itu pun tidak berkesan.

Ramai pengkritik menyatakan yang apa yang berlaku kepada Pyros boleh berlaku kepada mana-mana kereta model terbaru. Byron Bloch seorang pakar keselamatan kenderaan dari Maryland berkata kebanyakan pengeluar mengalihkan kuasa elektrik simpanan kepada sistem beg udara yang sekaligus menyebabkan kegagalan sistem lain kenderaan.

Bloch pernah menguruskan banyak kes melibatkan keselamatan kenderaan selama hampir 40 tahun di mahkamah. Beliau juga merujuk kepada kes yang serupa bila seorang lelaki terperangkap dan terbunuh di dalam kereta Corvette beliau sendiri pada tahun 2015. Ia mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga.

BACA: KEMALANGAN DAN FAKTOR-FAKTORNYA

Semua pemandu sepatutnya berhati-hati dan merujuk kepada buku manual kenderaan jika terdapat sistem simpanan tenaga elektrik dalam kereta anda. Keadaan paling teruk ialah jika anda terperangkap dengan anak-anak di dalam kereta pada musim panas.

Kereta Pyros sendiri sebenarnya mempunyai tuil manual untuk membuka pintu tetapi beliau tidak mengetahuinya dan buku manual panduan berada di dalam rumah. Cuaca ketika itu juga begitu panas sehinggakan titisan peluh yang jatuh di atas tempat duduk bertukar menjadi seperti butiran garam, sambung Pyros.

Hanya sekitar 11.20 malam barulah jiran Pyros kembali ke rumah dan melihat pintu garaj Pyros terbuka lalu segera menghubunginya. Telefon tangan Pyros berada di dalam rumah dan bila tiada jawapan jirang beliau segera datang untuk memberitahu Pyros tentang pintu garaj. Ketika itulah jiran Pyros terdengar ketukan dan jeritan memanggil nama beliau sendiri. Pyros akhirnya terselamat.

Tapi proses menyelamat bukannya mudah. kereta Pyros tidak boeh dibuka dengan besi pencungkil yang biasa digunakan pihak bomba. Penyelamat mengarahkan Pyros membuka penutup hud enjin sebelum menggunakan jumper untuk menghidupkannya, membuka pintu dan mengejarkan Pyros ke hospital.

Beberapa hari kemudian, Pyros menemui arahan dalam buku manual panduan kereta beliau yang menyatakan terdapat tuil pembuka pintu secara manual pada bahagianlantai berdekatan pintu untuk kedua-dua belah pintu.

BACA: 10 PERKARA PALING PENTING DALAM BUKU PANDUAN (MANUAL) KERETA

Arahan ringkas itu bagaimanapun tidak memuaskan hati peguam yang mewakili Pyros dan berhasrat meneruskan sama terhadapa General Motors berdasarkan kes yang hampir serupa pernah berlaku sebelum ini.

Alasan peguam tersebut, jika pihak pengeluar sedia maklum tentang kegagalan elektrik yang mungkin berlaku dan akan mengakibatkan pemandu dan penumpang terkurung di dalam kereta, kenapa tidak meletakkan pelekat ataupun tanda amaran lokasi tuil kecemasan untuk penumpang? Lebih-lebih lagi bila ia diletakkan di atas lantai yang memang di luar kebiasaan.

Jurucakap GM pula menyebut yang mereka memang sedar tentang kemungkinan insiden seperti ini akan berlaku lebih-lebih lagi kepada kereta yang semakin berusia. Disebabkan itulah semua kereta mereka dilengkapi tuil pembuka pintu ketika kecemasan. Pemandu sepatutnya membaca buku manual terlebih dahulu sebelum mengoperasikan kenderaan dan bertanya kepada wakil jualan jika ada masalah.

Bahagian bertanya kepada wakil jualan tu memang akami agak ragu-ragu kerana ramai jurujual yang kami jumpa pun memang tak pernah baca ataupun khatam buku manual produk yang mereka jual. Ada yang langsung tak nampak batang hidung bila selesai urusan jual beli dan kunci pun dipesan kepada member agar menyerahkan kepada pelanggan. Ini berdasarkan pengalaman Pak Amid sendiri.

Suis ataupun tuil pembuka pintu manual memang diperlukan dlaam keadaan kecemasan tapi kalau lokasinya tidak diketahui parah jugak la kan? Lain kali beli kereta ‘study’ dulu semua sistem ni dan kemudian pesan kepada anak bini tentang apa yang harus dilakukan dalam keadaan macam ni.

Kredit Freep.com

Share this post

scroll to top