TIADA LAGI FUJI HEAVY INDUSTRIES (FHI), SELAMAT DATANG SUBARU CORPORATION

SHARE

Subaru merupakan satu nama yang tidak diperkenalkan lagi di Malaysia terutamanya di kalangan penggemar dunia automotif. Pujian harus diberikan kepada Subaru Impreza WRX yang telah membawa nama Subaru ke puncak dunia khususnya di arena World Rally Championship.

Mereka telah membuktikan yang mereka bukan sahaja setanding dengan model-model lain keluaran syarikat yang lebih besar seperti Mitsubishi dan Ford. Sebut sahaja model mana, semuanya pernah ditewaskan Subaru dengan Impreza WRX.

Sebagai sebuah syarikat pengeluar yang agak kecil Subaru sememangnya cukup unik dan muncul dengan ciri-ciri mereka sendiri. Antara ciri-ciri tersebut ialah penggunaan yang boxer (yang mempunyai deruman yang lain dari yang lain) dan sistem pacuan 4WD. Sebelum ini memang jarang kita dengar kereta penumpang dengan pacuan 4WD dan Subaru adalah antara pelopornya.

SUBARU FB : ENJIN GENERASI BARU

AWD : SUBARU PENERAJU SISTEM PACUAN SEMUA RODA

SUBARU FORESTER SF5 – SUV MURAH YANG SEMPURNA

Sebelum ini Subaru bernaung di bawah payung syarikat utama mereka iaitu Fuji Heavy Industries (FHI). Nama Subaru walaupun cukup popular dikalangan peminat kereta namun ianya bukanlah pengeluar kereta besar seperti Toyota, Nissan atau Honda.

Mereka mempunyai pasaran yang agak kecil tetapi pada masa yang sama mempunyai ramai pengikut. Mungkin juga berikutan faktor Subaru Impreza yang telah mencipta kejutan demi kejutan dalam kejohanan WRC saban tahun sebelum ini.

Awal tahun ini kita dikhabarkan yang Fuji Heavy Industries telah menukar nama mereka kepada Subaru Corporation. Terbaru, mereka telah mengumumkan yang mereka telah menghentikan operasi pembuatan barang-barang kegunaan industri mereka dan akan memberi fokus 100 peratus kepada Subaru. Jangan terkejut kalau selepas ini Subaru tiba-tiba muncul dengan model kereta mewah atau limosin.

Sebelum ini FHI dikenali kerana selain Subaru, mereka juga mengeluarkan pelbagai produk enjin untuk kegunaan industri baik pembinaan mahupun pertanian. Mereka juga mengeluarkan enjin berprestasi tinggi untuk kegunaan kenderaan salji dan ATV (all-terrain-vehicles). Malah mereka juga menghasilkan barangan kegunaan di rumah seperti generator dan juga pam air.

SUBARU 360 – WARISAN SEJARAH JEPUN

SUBARU IMPREZA S204 – LAGENDA STI SEPANJANG ZAMAN

SUBARU FORESTER CKD – RM145K

FHI juga menyatakan yang ini merupakan sebahagian daripada rancangan pengurusan yang dinamakan “Prominence 2020” dan diumumkan pada Mei, 2014. Antara fokus utama rancangan itu ialah untuk menaikkan lagi nama Subaru agar setanding dengan jenama pengeluar kenderaan yang lain.

Subaru-Forester-CKD-mekanika (1)

Subaru sebagai cawangan automotif sudah mencipta banyak rekod jualan kebelakangan ini dengan angka jualan yang mencecah sejuta unit di seluruh dunia. Pasaran terbesar Subaru adalah di Amerika Syarikat diikuti oleh Australia.

FHI turut menghasilkan pesawat terbang khususnya helikopter dan kapal terbang. Kebanyakan helikopter adalah untuk kegunaan ketenteraan. Mereka juga pernah menghasilkan kepal terbang penumpang yang dinamakan Aero Subaru.

Subaru dengan logo enam biji bintang berhubung bakal menjadi bintang baru di arena automotif. Bagi yang belum tahu mengenai logo Subaru, ia sebenarnya mempunyai sejarah yang cukup lama. FHI asalnya adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang berkaitan dengan Nakajima Aircraft, sebuah syarikat pembuatan pesawat terbang.

Nakajima Aircraft diasaskan pada tahun 1917. Pada tahun 1953 pula, lima syarikat itu telah bergabung untuk membentuk untuk membentuk FHI. Lima syarikat ditambah dengan satu bintang yang melambangkan FHI itu sendiri membentuk logo yang tertera pada setiap kereta keluaran Subaru.

Subaru-XV-2.0i-Back-(CKD-MY)

Penamatan operasi bahagian sayap industri FHI juga bermakna mereka kini lebih fokus untuk membangunkan kenderaan Subaru. Pengeluaran dan jualan produk industri yang dihasilkan oleh FHI akan dihentikan sepenuhnya menjelang 30 September 2017, mengakhiri perjalanan industri selama 65 tahun.

Subaru kekal dalam kedudukan sebagai antara 10 jenama terlaris di Australia dengan jualan sebanyak 38,696 unit dalam tahun ini. Meningkat hampir satu peratus berbanding tahun sebelumnya. Dengan kedatangan Impreza baru dalam versi sedan dan hatchback Disember ini, Subaru Australia akan mempunyai suntikan tenaga yang baru untuk meningkatkan lagi pasaran model-model mereka.

Bukan hanya di Australia tetapi seluruh dunia akan menyaksikan perkembangan Subaru yang lebih dinamik berdasarkan hala tuju baru FHI.

Selamat tinggal FHI, selamat datang Subaru Corporation!

Share this post

scroll to top